Kalau semalam aku hanya memasukkan nama ahli kabinet 2008, maka hari ini aku masukkan pula gambar-gambar mereka supaya kalian lebih kenal (klik gambar untuk besarkan). Inilah muka-muka bapak-bapak menteri dan ibu-ibu menteri yang akan menerajui negara kita dalam tempoh beberapa tahun akan datang (Itupun kalau ada yang tidak diminta meletak jawatan kerana korup. Atau kerana video dan skandal seks, hahaha…) Cuba kalian kira berapa ramai menteri-menteri di dalam kabinet baru ini merupakan peninggalan era Dr.M? Mungkin ini satu usaha Pak Lah untuk melupuskan legasi Dr.M dalam kabinet negara. Mungkin aku kata. Ha! Ha! Ha!

