Kepada para pelajar sekolah, jangan liwat datang ke sekolah. Nanti dirotan guru disiplin.

Kepada para pekerja, jangan datang liwat ke pejabat. Nanti di marahi bos anda.

Kepada para suami, jangan balik rumah liwat. Nanti disyaki isteri anda ada perempuan lain di luar.

Kepada para isteri, jangan liwat memenuhi kehendak suami. Nanti dianggap derhaka pada suami.

Kepada anak-anak, jangan merayau hingga liwat malam. Nanti dibebel ibu dan ayah.

Kepada para YB, jangan liwat menunaikan manifesto. Nanti rakyat tak undi lagi.

Kesimpulannya, kita semua jangan suka liwat-liwat kerana nanti banyak kesan buruknya. Err… liwat ke lewat???