Arkib untuk November, 2008

Aku Baru Pulang

Posted: November 25, 2008 in Aku, Cuti

Aku baru pulang dari Univesiti Utara Malaysia selepas menghadiri Kolokium Pembimbing Rakan Siswa IPT peringkat kebangsaan. Penat juga rasanya. Esok pagi-pagi kalau tiada aral melintang aku ingin ke Hospital Kuala Lumpur untuk melawat anak pak cik aku yang baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang. Kesian. Anak perempuannya yang baru berusia 14 tahun didapati mempunyai masalah [...]

Maaf

Posted: November 19, 2008 in Kem, Tugas

Maaf ya buat teman-teman yang meninggalkan komen kerana tidak merespon komen kalian. Semuanya gara-gara kekangan masa, tambahan pula jadual minggu ini agak pada. Aku baru sahaja pulang dari berprogram di SMK Abdul Rahman Talib, Teluk Intan, Perak bagi melaksanakan Kursus Kepimpinan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan di sana. Programnya bermula 17 Noember lalu sehinggan hari [...]

Hari ini genaplah setahun usia TongkangBocor ini. Terima kasih buat semua kenalan yang sudi meluangkan masa berkongsi cerita di dalam ruang maya yang tak seberapa ini. Aku bersyukur kerana sehingga hari ini aku masih mempunyai kekuatan untuk terus mencoretkan segala luahan perasaan, idea mahupun pandangan di dalam blog ini. Mengimbas kembali saat-saat kelahirannya, blog ini [...]

Aku Dan Cuti

Posted: November 13, 2008 in Aku, Cuti

Gambar dari Flickr Aku telah bercuti. Dan aku masih bercuti. Sehingga habis cuti. Yay! p/s : Nak buat apa ya masa cuti untuk kurangkan bosan? Ada sebarang cadangan?

Sikap Pemandu Di Malaysia

Posted: November 6, 2008 in Uncategorized

  Kartun dari Flickr Antara sikap pelik yang sinonim dengan pemandu-pemandu di Malaysia bumi bertuah ini yang sering dapat kita lihat adalah seperti berikut : 1. Akan kelam kabut untuk pakai seat belt bila nampak ada sekatan jalan raya atau nampak lampu merah lip lap lip lap di depan sambil kereta berbaris panjang walaupun lampu itu kadangkala hanyalah lampu [...]