Sikap Pemandu Di Malaysia

Posted: November 6, 2008 in Uncategorized

 

2412997688_209d8446c0

Kartun dari Flickr

Antara sikap pelik yang sinonim dengan pemandu-pemandu di Malaysia bumi bertuah ini yang sering dapat kita lihat adalah seperti berikut :

1. Akan kelam kabut untuk pakai seat belt bila nampak ada sekatan jalan raya atau nampak lampu merah lip lap lip lap di depan sambil kereta berbaris panjang walaupun lampu itu kadangkala hanyalah lampu JKR yang sedang membaiki jalan. Lepas sahaja sekatan polis, cabut semula seat belt tersebut. Apa kejadahnya…

2. Suka melihat kemalangan jalan raya. Sebab tu jalan akan sesak dilebuhraya berpuluh kilometer sedangkan kemalangan berlaku di lorong arah bertentangan. Ada pula yang ambil kesempatan salin nombor plat kenderaan yang kemalangan untuk ditikam nombor ekor. Kaedahnya tu…

3. Suka mengubah suai kereta terutama kereta buatan tempatan mengikut model-model luar negara. Kancil diubah untuk nampak seperti Mira, Waja diubah supaya nampak seperti Evo. Poooorahhhhh…

4. Yang muda-muda biasanya akan mainkan lagu kuat-kuat dan lengkapkan kereta dengan sistem audio yang canggih. Tapi speaker dipasang di dalam bonet kenderaan. Agaknya nak bagi orang luar dengar lagu la tu. Apa barang syeikh…

5. Suka gantung tasbih pada cermin pandang belakang tapi tak pernah guna untuk berzikir. Apa salahnya semasa kesesakan lalu lintas kau ambil tasbih dan berzikir, dapat juga pahala berbanding dosa yang akan kau dapat kalau memaki hamun tak tentu hala. Alahai…

6. Suka letak bantal kecil atau sekotak tisu atau bunga atau bantal dan tisu atau ketiga-tiganya sekali di belakang. Pelik betul aku tengok. Main dalam kereta??? Hahahaha…

Banyak lagi sebenarnya sikap pelik pemandu-pemandu di Malaysia kalau kita perhatikan? Apa yang kalian pernah lihat?

About these ads
Komen-komen
  1. Insan Kerdil berkata:

    7. Pemandu dekat Malaysia ni suka ‘tinted’ kereta jadi gelap. Takut hari panas atau dipandang adegan panas? Opsss

    8. Pemandu Malaysia juga suka gantung tuala tepi tingkap (kalau perjalanan jauh atau baru pulang mandi di pantai) huuhuhu

    9. Pemandu dekat Malaysia suka tak bagi signal masuk simpang (tu selalu kemalangan dan bergesel kenderaan atau terlanggar BUNTUT kereta) Adoii

    10. Pemandu Malaysia suka naik kereta (tu yang bila raya jalan sesak) Hahaha

    insan : btol tu, hahahaha…

  2. JuliaNa berkata:

    Apa salahnya yang no 6 tu??? sekadar hiasan tak boleh ke? (sekadar bertanya walaupun saya tak buat).. :)

    juliana : tak salah, cume curious, hahaha… (saya pun x pernah buat sebab xde keta, hahahaha)

  3. mahsyar90 berkata:

    suka gantung tasbih tp tak pernah guna..

    wahaha..betul jugak ni..
    tp lebih baik la dr letak menda2 yg xberpaedah..
    hehe..
    aku paling tak suka bila cina tua jalan kat lebuhraya pakai line paling kanan tp bawak slow yang amat..mcm pe je..

    mahsyar : muahahaha…

  4. mirhans berkata:

    hah..itulah tabiat orang kita.

    mirhans : tau xpe, hahahaha…

  5. En Kid berkata:

    Salam..

    Tertarik dengan entri..dan juga no.6.
    Cm terkene kt batang hidung walaupun letak sekadar hiasan..
    ahahhaa..
    main dlm kereta?..
    oopps!!

    en.kid : rasanye klu jentera bajak sawah tu pun laju klu bawak kt highway, hahaha…

    pernah satu ketika dlu..
    “…kalau nak bawak slow macam ni, baik g membajak kat bendang (sawah) tu haa…”
    tergelak seketika… :D

  6. shafifah berkata:

    Pengajian Kitab Bersama al-’Allamah al-Habib Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syatiri.

    Tarikh: 17 Dhulqaedah 1429/15 November 2008 (Sabtu)
    Masa: Selepas sholat Maghrib
    Lokasi: Masjid Baitul Aman,102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Kitab: an-Nasooih ad-Diiniyah wal Washooyaa al-Imaniyah (Nasihat Agama dan Wasiat Iman)
    Pengajar: InsyaAllah khusus untuk pengajian malam tersebut al-’Allamah Habib Salim bin ‘Abdullah bin Umar asy-Syatiri akan mengajar.

    Tarikh: 18 Dhulqaedah 1429/16 November 2008 (Ahad)
    Masa: Selepas sholat Maghrib
    Lokasi: Masjid Baitul Aman,102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Kitab: ad-Da’wah at-Tammah wa Tazkiratul ‘Aammah (Dakwah Yang Sempurna dan Peringatan Yang Utama)
    Pengajar: InsyaAllah, khusus untuk pengajian malam tersebut al-’Allamah al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syatiri akan mengajar.

    http://pondokhabib.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s