Kalaulah aku dapat membantu dia saat-saat memerlukan begini. Tapi mahu buat bagaimana, dalam soal kewangan begini aku sendiri hanya cukup-cukup untuk belanja sendiri. Aku memang mahu dia mengikuti kursus selama dua belas bulan itu. Bila mendengar bahawa ada kebarangkalian dia terpaksa melupakan hasratnya itu disebabkan kekurangan sumber kewangan, aku hanya mampu diam membisu. Kelu. Sukar benar jalan-jalan kehidupan yang perlu dia lalu. Yang aku dapat katakan sekiranya dia terpaksa melupakan hasrat murninya untuk kali ini, bertahanlah sedikit masa. Dalam kurang dua tahun andai tiada aral melintang aku akan punya kerjaya. Masa itu aku akan membantunya selagi terdaya. Semuanya untuk masa depan dia.
Kalaulah aku dapat membantu dia saat-saat memerlukan begini.

Julai 14, 2009 at 1:46 pm
Hmm..kalau bab financial kita perlu utamakan diri sendiri, bukan bermakna pentingkan diri sendiri, hope adalah rezeki daripada-Nya yang pemurah lagi Maha Mengasihani.
mirhans : moga-moga…
Julai 14, 2009 at 5:54 pm
niat yang baik akan dapat ganjaran dari Allah juga… kalu dapat buat lagi besar pahalanya..
fazil : kalaulah aku mampu buat…
Julai 15, 2009 at 3:17 am
that what we called journey!!! everybody have their own journey to achieve their dream!!!
budak epal : its true but how good if i can help him in his tough path of journey…
Julai 15, 2009 at 6:03 pm
sungguh suci niat itu…. mungkin itu dugaan bagi dia, tapi percayalah pasti ada sesuatu yang ingin diberikan oleh YANG MAHA ESA kpdnya. insyallah….
putraim : moga2 ’sesuatu’ itu akan dtg dgn segera…