metro

Bukan bas sebenar. Kredit foto : Flickr

17 November 2009. 6.45 petang. Di dalam bas nombor 17 yang sedang menanti penumpang di hadapan Plaza Kota Raya. Aku baru sampai dari kampung sebenarnya. Bila masuk saja dalam bas aku rasa pelik semacam. Aku kira dalam hati. Satu… dua… tiga… emmmp… Aku kira semula… Satu… dua… tiga… emmmp… Aik, aku di Malaysia atau di mana? Dalam hampir empat puluh orang penumpang cuma ada tiga rakyat tempatan? Sudahlah begitu, terpaksa berdiri pula gara-gara seorang warga asing (Bangladesh aku kira bila melihat raut wajah) tidak mahu alihkan barang di kerusi kosong didepannya kerana mahu bagi rakannya yang belum menaiki bas duduk. Geramnya aku, tapi nak buat macam mana. Aku jadi minoriti di negara sendiri, hahaha… Salah sendiri, dah tahu boleh turun di Hentian Serdang sebelum sampai ke Kuala Lumpur tapi masih mahu melajak. Konon mahu imbas kenangan sewaktu baru-baru masuk ke universiti, ketika baru belajar berdikari. Padan muka aku!

footer