Selamat bercuti aku ucapkan kepada rakan-rakan sempena cuti semester ini. Wah! Sedar tak sedar, ini adalah cuti semester terakhir untuk aku. Hampir empat tahun, segala begitu pantas berlalu.
Bulan matahari terbit dan terbenam. Silih berganti siang dan malam. Masih sama nombor pada muka jam, cuma semakin banyak ia berpusing, semakin jauh kita meninggalkan masa silam. Bagi yang perjalanan hidupnya lancar seperti direncana, teruslah menggapai apa yang diidam. Tidak pula terlambat bagi mereka yang masih kelam.
Puncak gunung tertinggi menjanjikan pemandangan indah dari atasnya tetapi untuk sampai kepuncak itu, banyak ranjau dan liku sepanjang laluan yang perlu diredah.Ya, begitu juga hidup. Segalanya nampak mudah, namun sebenarnya susah. Jadi, jangan ambil mudah apa yang nampak mudah.
Semoga Tuhan membantu sepanjang perjalanan hidup ini. Membalas jasa ayah dan ibu sudah tentulah menjadi prioriti. Aku juga impikan kehidupan sendiri. Punya anak dan isteri. Tapi itu mungkin masih jauh lagi. Yang penting, aku harus sempurnakan segala misi dan visi yang aku tetapkan selagi masih ada sisa-sisa mengutip cebisan-cebisan ilmu di alam universiti.
Sekarang, mahu siap-siap berkemas untuk pulang ke kampung. (‘:’)

November 17, 2009 at 12:31 am
slamat bercuti….
November 26, 2009 at 4:28 pm
Assalamu’alaikum!
Saudara, masa adalah usia kita. Kesempatan hidup dibumi ini adalah untuk mengumpulkan sebanyak mungkin bekalan yang akan digunakan di akhirat nanti…
Sempena cuti ini saya mengesyurkan saudara untuk menjadi seorang blogger yang aktif. Di samping menulis dalam blog sendiri, saudara juga perlu menziarahi blogger-blogger lain dan memberikan komen-komen yang positif yang bertepatan dengan dasar-dasar perjuangan dalam Islam. Para blgger boleh memperbetulkan persepsi negatif masyarakat terhadap pelbagai isu.
Saudara, blogger juga adalah suatu cabang dakwah dan kalau betul caranya mereka juga adalah sebagai murabbi!
InsyaAllah saudara mampu! Wassalam.