Kenal dia tak lama tapi cukup buat aku rasa gembira. Mesra bagai ada ikatan saudara, bahagia tapi bukanĀ pula pasangan bercinta. Moga ikatan yang terbina tetap terjaga. Bertuah rasa dapat berjumpa dia .Entah kenapa, rasanya seperti hati tertinggal di Melaka. Perasaan berbunga-bunga.
Arkib untuk Jun, 2010
Lama benar rasanya blog ini tidak dijenguk hingga sudah ‘berhabuk’. Hinggakan hampir terlupa kata laluan untuk log masuk. Bukan sengaja mahu biarkan cerita yang mahu dikongsi tersimpan sampai berkapuk tetapi latihan praktikal yang dilalui selama tiga bulan sudah cukup membuatkan aku rasa cukup sibuk. Mungkin kerana baru pertama kali mengalami pengalaman masuk ke dunia pekerjaan [...]

