Arkib untuk Julai, 2010

Jalan Aji

Posted: Julai 21, 2010 in Aku, Cuti, Dia, Segamat

Di daerah Segamat ini ada satu tempat yang agak terkenal. Jalan Aji namanya. Di belakang Dataran Segamat. Di sini ada sebaris lapan belas buah gerai bumiputera yang menyimpan seribu satu macam cerita. Oh ya, bagi kaum wanita (dan lelaki juga) yang pernah membeli kain di Jakel Trading, di Jalan Aji inilah mulanya syarikat tekstil terkenal [...]

Rindu

Posted: Julai 18, 2010 in Aku, Dia, Perasaan, Perkongsian

Hari ini saya rasa ingin menulis lagi. Baiklah. Sebelum saya terus menulis, saya ingin ucapkan selamat hari lahir kepada teman-teman yang mula menempuh hari tua dalam masa seminggu ini. Maaf ya, bukan tidak mahu menulis nama seorang demi seorang, tetapi takut pula ada yang terlepas pandang, kecil hati pula nanti. *senyum* Hari ini saya rasa [...]

Magis

Posted: Julai 15, 2010 in Dia, Peribadi, Perkongsian

Beberapa hari lepas rasa berasa kecil hati dan agak marah kepada dia. Bagi saya di begitu mementingkan diri dan tidak mahu cuba untuk membantu saya. Selama ini saya begitu mengambil berat terhadap dirinya tetapi bila saya dalam keadaan memerlukan, dia seolah-olah tidak merasa apa-apa. Tetapi itu beberapa hari lepas. Semalam saya berjumpa dengan dia selepas [...]

Rajin

Posted: Julai 14, 2010 in Aku, Kawan, Pandangan

Entah kenapa sejak kebelakangan ini rajin pula saya meng‘update’ blog saya ini. Mungkin kerana terlalu banyak masa lapang untuk dihabisi, maka otak di dalam batu jemala saya ini sering saja berputar memikirkan apa yang perlu dilakukan dan akhirnya saya memilih untuk menulis. Usah tanya kenapa sebab saya juga tiada jawapannya. Oh ya. Semalam seorang teman [...]

Ungkit

Posted: Julai 12, 2010 in Aku, Blog, Perasaan, Peribadi

Saya bukanlah seorang yang suka mengungkit setiap apa yang telah saya lakukan pada masa lalu. Tetapi kadang-kadang saya ada juga sedikit meletakkan harapan sekiranya saya melakukan sesuatu kepada seseorang, maka jika saya dalam keadaan yang sangat terdesak ada juga seseorang yang boleh saya cuba-cuba mahu minta bantuan. Dalam keadaan sangat terdesak ya. Saya sebenarnya kurang [...]