Buatmu Teman
Aku mengenali dirimu baru sekejap cuma
Namun terasa bagai bertahun kita bersama
Kepadaku kau ceritakan segala kisah suka dan duka
Dan aku di sini terus menjadi pendengar yang setia
Acap kali kau katakan dirimu gembira sentiasa
Namun acap kali juga aku dapat membaca isi hatimu
Dari redup pandangan matamu
Pengalaman mendewasakanmu menjadi insan tabah
Segala pahit getir yang kau rasa
Kau sulam bersama sendu dan tawa
Dan bersamaku kau kongsi bersama
Aku berjanji akan terus setia menjadi sahabatmu
Selagi engkau merasakan kau masih memerlukanku
Aku memanjatkan doa ke hadrat Ilahi
Semoga kau terus tabah mengharungi hidup
Dan doa kudusku kepada-Nya
Semoga hatimu dan hatiku terus bersatu
Kerana kau adalah temanku…


seronok kalau ada teman utk ketawa dan sedih bersama..tanpa mengira latar..