Harapanku
Aku bangkit hari ini dengan satu harapan
Agar aku dapat melalui segala rintangan dan cabaran
Dengan tabah hati dan penuh tenang
Dan apa yang juga aku harapkan
Agar segala yang aku lalui hari ini
Lebih baik daripada semalam hendaknya
Kerana hidup ini tak lain hanyalah seperti seorang kembara
Yang kadang-kadang sampai ke lembah subur indah
Dan terkadang pula terpaksa merentas gurun pasir yang kering
Semoga apa yang bakal aku hadapi
Akan menambah rencah hidupku
Supaya aku menjadi lebih matang

