Kalut
Kalut fikiranku dalam ketenangan malam
Gusar dan gundah saling bertingkah
Merebut ruang dalam kotak akal
Menyerang tanpa ada tanda mahu berhenti
Sehingga aku bungkam keseorangan
Aku telusuri dalam-dalam
Setiap bait-bait dan perenggan
Yang tercatat di dalam diari kehidupan ini
Bagi mencari apa puncanya
Segala kekusutan yang melanda.
Namun semakin jauh aku mencari
Semakin hilang aku dari puncanya
Semakin kuat simpulan rantai-rantai besi kesulitan
Yang membelit pemikiran ini
Cuba ku atur satu persatu
Dari setiap kesukaran yang tiba
Mencari mana yang dahulu
Mana pula yang terkemudian
Moga usai segala persoalan.
Ahad, 12 November 2007
12.02 a.m

