Kisah Bapa dan Anak
Aku lihat seorang bapa begitu setia
Mendukung anak kesayangan yang tiada upaya
Walau sudah semakin membesar
Masih semacam bayi kulihat tertidur dengan nyenyaknya
Aku pasti bahawa bukan begini kehendak anak itu
Mana mungkin ada manusia yang ingin dilahir cacat
Tetapi semua ini sudah tertulis dalam perbendaharaan-Nya
Tanpa dapat diubah walau sedikit cuma
Aku tidak mampu berbuat apa bila melihat si bapa dan anak itu
Apa yang aku termampu hanya berdoa
Hendaknya agar bapa itu masih lagi setia mendukung anak itu
Hingga hari esok dan seterusnya
2 Febuari 2007, 4.52pm

