Lihatlah Mereka Itu
Lihat mereka itu,
Asyik benar memadu asmara,
Kasih diucap bersulam janji,
Sehidup semati tersemat dihati,
Demi cinta seteguh karang,
Takkan hancur dihempas gelombang.
Tapi mereka lupa,
Janji itu mungkin hanya tinggal janji,
Andai Tuhan tidak mengizinkan,
Kerana mereka hanya hamba yang mampu merancang,
Tiada upaya mengubah walau sekelumit takdir.
Kerana mereka terlupa,
Mereka hanyut dilautan asmara itu,
Lalu karam didasarnya,
Hingga terabai hukum Tuhannya,
Hingga terpijak segala adatnya.
Kasihan mereka…
Kerana terlupa sejenak,
Habis tergadai segalanya,
Lalu jadilah mereka insan yang rugi,
Jika gagal timbul semula,
Menyambut sinar kebenaran,
Kembali ke jalan Tuhannya.
Maka apakah nasib mereka?
Tepuk dada tanyalah iman…
23 November 2006, 6.43pm

