Masih Ada Sinar
Aku berjalan sendirian
Meraba dalam kegelapan
Betapa nista dunia telah menyesatkan aku
Bungkam aku di sini
Hilang arah tanpa tujuan
Dalam melayari bahtera kehidupan.
Hampir sahaja aku karam
Ombak dugaan menghempas ganas
Aku ibarat kolek kecil
Terumbang-ambing ditengah samudera nan luas
Mujur tiap sesuatu pasti ada akhirnya
Setiap ribut pasti berakhir
Bila sang suria memancarkan sinarnya.
Kini aku mengerti
Setiap musibah yang menimpa
Pasti ada natijahnya
Kini aku lebih kenal siapakah aku sebenarnya
Aku lebih mengenali Tuhan
Dan pastinya aku telah sedar
Untuk mengecapi kebahagiaan hakiki
Pastinya perlu merasai kemuncak kesengsaraan.
Aku bersyukur pada-Mu Tuhan
Kerana Engkau menyelamatkan aku
Tatkala aku hampir tergilincir ke jurang kehancuran
Berkat hidayah dan inayah-Mu
Aku kini lebih menghargai hidup ini
Tanpa sangsi akan nikmat-Mu..
31 Ogos 2006, 5:39pm


bersyukurlah atas nikmat hidayah yg Allah bagi..
dan tahniah, sbbnyaa.. tak semua yang memiliki hidayah akan bersyukur dan menggunakannya sebaiknyaa..
tp, akal awk mampu menggunakannya!~ ;P