Arkib untuk November, 2007

Talam Dan Dulang

Posted: November 20, 2007 in Uncategorized

Apa beza talam dan dulang? Heboh satu bilik bila kami bertegang leher mempertahankan pendirian masing-masing mengenai definisi talam dan dulang. “Talam tu sama la dengan dulang.” Dia. “Bukan, talam tu tempat orang buat makan. Makan dalam talam. Dulang tu tempat orang bawa cawan untuk dihidangkan”. Aku. Seorang lagi menyampuk, “Bukan ke talam tu yang bulat besar, dulang yang segi empat kecil”. Segera aku buka laman web Kamus dewan online menyemak maksud talam dan dulang. Hasilnya :

1. Talam sj dulang yg tidak berkaki (tempat menyajikan makanan, minuman, dll): dia keluar membawa sebuah ~ yg berisi secawan kopi; kuih ~ = tepung ~ sj kuih yg lapisan bawahnya dibuat drpd campuran tepung beras atau tepung gandum dan gula melaka, manakala lapisan atasnya (kepalanya) drpd santan kelapa;

 

2. Talam spt ~ dua muka prb perihal orang yg berbuat baik kpd dua orang yg berseteru (utk keuntungan diri sendiri); spt air dlm ~ prb dlm keadaan sentosa.

 

1. Dulang I 1. sj talam drpd kayu (kadang-kadang berkaki): pd dicecah dgn kuku, biar terletak di atas ~; 2. talam; ~ alas talam utk pengalas makanan dll; ~ pelanda talam pelimbang emas (bijih dll);

 

2. Dulang II Mn; menDulang membumbung berkepul-kepul (asap dll).

 

3. Dulang III Jw; menDulang menyuapkan makanan kpd anak-anak.

 

4. Dulang IV sj tumbuhan (pokok), bereksa, tengguli, Cassia fistula;

 

5. Dulang I bagai ~ dgn tudung saji prb sesuatu yg berpadanan (spt suami isteri yg sama elok parasnya dll); lain ~ lain kaki, lain orang lain hati prb tiap-tiap orang berbeza kesukaannya; mengata ~ paku serpih, mengata orang awak (aku) yg lebih prb mencela orang tetapi diri sendiri lebih buruk drpd yg dicela;

Kesimpulannya, maksud talam dan dulang yang sebenar adalah seperti yang diterangkan dalam kamus dewan. Terlerai segala persoalan. Kami ketawa kuat-kuat lagi.

Kalau Dah Sayang

Posted: November 19, 2007 in Uncategorized

Aku    : Dah elok rajuk dia yang entah ke berapa tu?

Dia     : Dia busy.

Aku    : Haah, takde kat bilik ni. Dia gi training.

Dia     : Malaslah nak fikir. Dan tak nak kacau dia.

Aku    : Aik, dua-dua merajuk? Pelik, pelik… Susah kan? Dunia, dunia…

Dia     : Kalau dah sayang ni susah.

Aku    : Biasa la, adat orang berkasih sayang. Nak telan pahit, nak buang sayang.

Dia     : Mana ada berkasih sayang. Sayang adik abang je la.

Aku    : Ye la, kan kasih sayang gak tu.

Dia     : Ye la, cuma tak involve yang diharamkan je.

Aku    : Saya pun tak maksudkan yang tu.

Tamat.

Kerana RM5

Posted: November 18, 2007 in Uncategorized

5dolar Kalut jadinya. Dia bayar RM5 untuk tiga orang. Pemandu ambil, bagi tiga keping tiket dan pulang baki RM2. Aku dan rakan yang agak kelam kabut dihadapan pintu RapidKL T416 bayar sekali lagi kepada pemandu, seorang RM1, dapat seorang sekeping tiket walhal kami tahu dia telah membayar untuk kami. Bila duduk, kami terfikir. Kenapa macam tu? Tak semena-mena ketawa kami berderai di dalam pengangkutan awam tersebut bila memikirkan kekalutan dan kebodohan sebentar tadi. Sepatutnya dia bayar untuk tiga keping tiket dan kami pula bayar kepadanya seorang RM1. Kan mudah! Sudahnya, kawan aku pulang dua tiket menyebabkan pemandu terpinga-pinga. Mujur pemandu mahu pulang RM2. Kami ketawa lagi, hahaha…

Berdamai

Posted: November 18, 2007 in Uncategorized

Image155_1Berdamai? Mungkin ia sesuatu yang mustahil buat masa ni. Kerana sikapnya yang masih tegar dan tak mahu mengalah, pintu perdamaian seolah-olah terkunci kejap, sukar untuk dibuka. Bukan seorang, dua atau tiga tetapi sudah ramai yang menyuarakan kejengkelan dengan sikapnya. Benar dia seorang ketua tapi takkan begitu sukar untuk berkompromi sedikit dengan anak buah, menghulur sedikit timbang rasa? Sampai bila mahu menjadi jadi pak turut, budak suruhan tanpa boleh menyuarakan sebarang pendapat atau bantahan? Yang pasti, perdamaian masih mustahil buat masa ni.

Konflik

Posted: November 18, 2007 in Uncategorized

KonflikEntah kenapa hubungan kami di dalam organisasi ini semakin meruncing dengan pelbagai konflik yang semakin hari semakin bertambah. Semakin hari semakin sulit. Semakin hari semakin sukar untuk dirungkai. Mungkin kerana setiap orang mempunyai ego sendiri, pendirian sendiri. Memang sesuatu yang menyakitkan bilamana hanya kita yang perlu memahami orang lain sedangkan orang lain tidak pernah memahami kita. Entahlah. Konlik, konflik… Yang penting, cuba HADAPI DENGAN SENYUMAN.

Nombor Berapa

Posted: November 18, 2007 in Uncategorized

PodiumNombor 1, nombor 2, nombor 3 atau nombor berapa? Memang susah kalau kita nak membuat pilihan atau terpaksa membuat pilihan yang mana untuk diletakkan sebagai pendahulu senarai di dalam carta kehidupan ini, lebih-lebih lagi kalau semuanya kita mahu, kita suka.  Tak boleh tolak. Sayang. Kita bebas untuk memilih  tapi kita tak boleh memilih untuk tidak memilih. Susah. Memang susah.  Mahu tak mahu, suka tak suka kita kena susun mengikut hierarki keutamaan, yang mana satu mengatasi kepentingan yang lain. Yang pasti, justifikasi perlu dibuat berdasarkan pertimbangan akal yang waras, supaya nanti tiada yang melepas. Kuasa memilih ditangan anda, jadi gunakan ia sebaiknya. Untuk yang terpilih menduduki tempat teratas di dalam carta, tahniah dan bergembiralah sebaliknya yang tidak terpilih, jangan kecewa dan sedih kerana sekurang-kurangnya anda masih belum terkeluar dari senarai.

Serkap Jarang

Posted: November 18, 2007 in Uncategorized

1345557576_1cac9e5cfbBila nampak atau dengar sesuatu mengenai orang lain, dengan begitu mudah kita membuat kesimpulan awal mengenainya. Tak kira baik atau buruk. Mungkin ini yang orang dulu-dulu panggil serkap jarang? Tapi awas! Jangan terlalu suka main serkap, takut nanti terkena kaki sendiri. Ikan terlepas, kaki yang bengkak. Tapi apa bezanya serkap jarang dengan prasangka? Atau first impression? Atau intrepetasi awal? Atau hipotesis? Konfius aku,konfius…