Arkib untuk Januari, 2008

Panas hati

Posted: Januari 30, 2008 in Uncategorized

Mulanya sekadar ber es-em-es biasa. Lama-kelamaan bibit-bibit pertengkaran bermula. Bahasa kasar mula diguna. Sentap-menyentap bersilih ganti. Panas hati ini bila dituduh melakukan perkara tidak baik dengan menggunakan bahasa sindiran yang pedih. Lalu aku hantar es-em-es ini :

>Aku   : Makan boleh sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap. Cakap biar berlapis. Pantang sungguh aku orang bermulut celupar, jangan sampai ku hulur penampar !

Itu berlaku malam tadi. Es-em-es itu.

. . . . .

Advertisements

Tahniah, Tahniah dan Tahniah

Posted: Januari 29, 2008 in Uncategorized

Tahniah, tahniah dan tahniah. Kata aku pada semua ahli kumpulan dikir kolej. Kemarau pingat yang telah beberapa tahun dialami akhirnya tamat walaupun sekadar mendapat tempat kedua. Kami mendapat Naib Johan tahun ini. Cukup membanggakan sebenarnya. Lebih membanggakan apabila Tok Jogho (Juara) kami, Saudara Mohd Hanif Yusoff dinobatkan sebagai Juara terbaik. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Bangganya aku bila ada lagi pelapis yang akan meneruskan kesinambungan dikir barat kolej. Moga-moga tahun hadapan kita dapat merasa gelaran Johan Keseluruhan pula ya…

* Kepada Ayub, Hafiez, Hairie, Musa, Zulhairi, Zulkefli, Amri, Jamal, Zubaidi, Che Mek, Wa dan Teko, tahniah kerana gerak kalian sebagai awak-awak sungguh serasi semasa pertandingan.

* Kepada Hanif dan Adam, suara kalian merdu sekali. Teruja aku mendengarnya.

* Kepada Dondey, Nusi, Qamarul, Rozaimi, Mamu dan Laloq, kalian memang hebat memainkan alat-alat muzik sebagai pelengkap dikir.

* Kepada Usop, kau memang pengurus yang baik. Terima kasih.

Merakyatkan Seni

Posted: Januari 26, 2008 in Uncategorized

Semenjak dua menjak ni tertarik sungguh aku dengan dikir barat. Ya, dikir barat. Suatu yang sinonim dengan negeri Cik Siti Wan Kembang. Asal mulanya aku hanya melihat kumpulan dikir kolej berlatih untuk suatu pertandingan. Bila mendengar alunan muziknya, kaki mula mengikut rentak, tangan mula menyusun gerak mengikut rentak tari awak-awak yang sedang berlatih. Lalu aku apa lagi, terus bersila dan ikut sama berlatih. Seronok. Itu yang boleh aku katakan bila mula menguasai sedikit sebanyak pergerakan yang diajar. Dan malam ini, 26 Januari 2008, kumpulan dikir itu akan membuat persembahan untuk pertandingan itu. Kau tahu tak betapa ralatnya hati ini bila tak dapat bersama membuat persembahan setelah berlatih sama-sama sekian lama atas beberapa sebab. Pertama. Aku tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya dalam latihan kerana terlalu sibuk dengan banyak hal lain, maklumlah sebagai MTM kolej. Kedua. Kuota untuk awak-awak sudah penuh sebenarnya. Ada yang mengajak aku bermain alat muzik tapi aku lebih suka menjadi awak-awak kerana dengan itu baru dapat merasai nikmat sebenar berdikir bagi aku. Apapun, aku mendoakan kejayaan kumpulan dikir itu dalam pertandingan yang disertai. Moga penat lelah kalian berlatih dari mula bertatih hingga pandai segala gerak akan berbalas akhirnya.

* Aku berharap agar latihan setiap minggu dapat diadakan sekiranya berkelapangan. Bukan apa, selain dapat mengisi waktu senggang, dapat juga menyahut seruan kerajaan melalui KEKKWA untuk kita merakyatkan seni.

* Apa yang lebih membanggakan, kebanyakan ahli pasukan dikir ini bukan berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Dari tak tahu apa-apa, pencapaian mereka kini sudah boleh dibanggakan.

* InsyaAllah andai ada kelapangan, akan aku datang menyokong kalian di panggung percubaan nanti.

* Lain masa sekiranya ada kelapangan, mungkin akan aku bergiat aktif dalam kumpulan dikir ini. Mana tahu. Ha! Ha! Ha!

Belajar

Posted: Januari 24, 2008 in Uncategorized

Minggu Ujian Pertama sudah bermula. Ini bermakna perkiraan markah untuk dibawa ke akhir semester sudah bermula. Lalu aku…

Belajar

. . .

Belajar

. . .

Dan mesti terus belajar…

Tinggalkan kontroversi, tingkatkan prestasi.

Bila diuji

Posted: Januari 17, 2008 in Kata hikmah

Allah selalu menguji kita, dengan penderitaan dan kesedihan. Bukan untuk menghukum, tapi membantu kita menghadapi hari esok.

Allah selalu menguji kita. Dan untuk setiap kesakitan, Dia sertakan untuk kita kesabaran. Diikuti kekuatan untuk bangkit semula.

Bila kita rasa hampa, merasakan semua serba tak kena, sedarlah bahawa itulah cara Allah menjadikan semangat kita semakin membara.

Ketenangan

Posted: Januari 17, 2008 in Kata hikmah

Jika ketenangan yang dicari,

maka ketahuilah bahawa Allah akan terus menguji hati hati ini.

Hingga suatu masa kita akan rasa indahnya Tawakal kepada-Nya.

Dan itulah nikmat ketenangan dalam jagaan-Nya.

. . .

Sibuk

Posted: Januari 17, 2008 in Tugas

Minggu lepas aku ke UTM Skudai, menghadiri Perhimpunan Siswa 50 Tahun Merdeka selama lima hari bermula Rabu hingga Ahad. Malam Ahad sebaik sampai kolej, aku difahamkan wakil kolej dalam pertandingan debat interkolej mara ke peringkat akhir, jadi aku segera bersiap dan pergi ke venue pertandingan sebagai tanda sokongan kepada para peserta. Selesai semuanya lebih kurang satu pagi. Dalam keletihan dan kurang tidur, pagi Isnin jam 8 perlu menghadiri kuliah ganti (sepatutnya kuliah hari Isnin hanya pada jam 5 petang). Kuliah disambung seperti biasa dan memulakan beberapa assignment yang bertimbun. Malam tadi aku diminta untuk membuat multimedia bagi lagu Malaysiaku Gemilang untuk kegunaan kolej. Mula jam 12 tengah malam, hampir selesai jam 3 pagi. Kerana terlalu mengantuk, aku tidur dan tersedar lewat pagi ni. Mujur kelas mula jam 12 tengah hari. Petang ni perlu menghadiri mesyuarat Seksyen Perkhidmatan dan Kebajikan BHEP bersama Sekretariat Kebajikan MTM Kolej jam 5 petang. Nak kata sibuk tidak la terlalu sibuk tapi kerana kurang rehat, semuanya jadi kelam kabut. Oh Tuhan! Berilah aku kekuatan agar aku dapat bertahan melakukan semua tugas sehingga sampai tarikh 5 April ini.