Arkib untuk Februari, 2008

Demam

Posted: Februari 29, 2008 in Uncategorized

Lama sudah rasanya tidak menulis di blog ini. Sebelum MMMR rasanya kali terakhir aku menulis. bukan malas ingin menulis, tetapi kekangan masa menghalang. Mungkin beberapa peristiwa yang telah berlaku ingin aku ceritakan.

Pertama.

Tanggal 16 Febuari 2008, Majlis Makan Malam Rasmi kolej telah diadakan dengan penuh gilang-gemilang di Hotel Crown Princess. Syukur kerana dengan limpah kurnia Tuhan yang telah melancarkan perjalanan majlis ini dan penat lelah semua ajk pelaksana terungkai dengan berakhirnya majlis ini. Pelbagai cabaran dihadapi. Dan hasilnya, banyak pujian diterima daripada semua tetamu jemputan dan pelajar tahun akhir yang menyertai majlis ini semuanya berpuas hati.

Kedua.

Aku menjadi seorang yang agresif di dalam mesyuarat MTM. Pertama kali aku banyak membangkang kerana rasa tidak puas hati yang teramat sangat. Usai sahaja mesyuarat, aku terus keluar dari bilik bersidang. Malas menyambut ulang tahun kelahiran presiden. Puas hati aku. Ha! Ha! Ha!

Ketiga.

Aku sekarang berada di Kolej Mara Kulim sebagai fasilitator Kem Jati Diri & Kecemerlangan Akademik. Penat memang penat tapi rasa seronok berkongsi pengalaman. Tapi badan mula rasa tidak sihat. Mungkin mahu demam. Mudah-mudahan aku dapat terus bertahan.

Tamat.

Kenangan terindah

Posted: Februari 15, 2008 in Uncategorized

Esok. 16 Febuari tarikhnya. Majlis gilang gemilang kolej bakal berlangsung bertempat di Hotel Crown Princess KL. Tujuannya, untuk meraikan pelajar tahun akhir yang bakal bergraduat. Dibuat awal kerana ada yang akan menjalani latihan mengajar bermula seawal 17 Febuari. Semoga majlis ini memberi seribu kenangan buat kalian yang akan meninggalkan alam kampus. Kenangan terindah. Sementara semua AJK pelaksana sedang bertungkus lumus membuat persiapan terakhir majlis.

p/s : Aku mengamuk dimeja teknikal hotel tadi. Mana taknya, setelah sedang aku cuba menyelesaikan masalah yang timbul, ada pula yang sok sek sok sek disebelah memberi ceramah agama dan motivasi. Bayangkan kita berada di sebuah pulau yang indah. Dia. Lalu aku kata, ini bukan pulau tapi gurun. Maka berhambur maki hamun. Kepada laptop sebenarnya. Ha! Ha! Ha!

Cuti

Posted: Februari 7, 2008 in Uncategorized

Selamat Bercuti kepada semua yang bercuti.

. . .

Selamat Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnya.

. . .

Selamat kembali ke kolej selepas seminggu bercuti buat semua warga.

. . .

Balik kampung

Posted: Februari 2, 2008 in Uncategorized

Cuti pertengahan semester. Hari ini bermula. Malam tadi berpakat dengan beberapa teman untuk balik kampung bersama. Yay! Balik kampung. Selamat bercuti pada semua rakan-rakan mahasiswa. Dan Gong Xi Fa Cai kepada mereka yang menyambutnya. Aku minta ang pau dari rakan-rakan Chinese Kata mereka selagi belum kahwin tak boleh bagi ang pau. “Kau berdua kahwin la cepat, dan kemudian boleh bagi aku ang pau“. Aku. Kepada dua orang rakan sekuliah Chinese, seorang lelaki dan seorang perempuan. Ha! Ha! Ha!