Arkib untuk Mac, 2008

Kisah manusia PARANOID

Posted: Mac 31, 2008 in Uncategorized

Kau boleh kata apa saja yang kau suka. Kau boleh tuduh apa saja yang kau mahu. Kau boleh pilih apa saja yang kau ingin. Kau boleh hina siapa yang kau mahu hina. Kau boleh muliakan siapa yang kau ingin muliakan. Kau boleh sekat siapa saja yang kau fikir membatasi kehendakmu. Kau boleh segalanya. Tapi itu di dunia. Itu rencanamu semata. Aku doakan kau tidak salah membuat percaturan. Kau akan rebah ditengah jalan kalau benar kau yang salah. Kau mesti ingat, “Sehebat-hebat perencanaan kamu, hebat lagi perencanaan Kami’. Itu janji Allah. Janji itu pasti tiba. Cepat atau lambat, itu urusan-Nya. Itulah kepastian yang pasti. Cuma satu aku ingin kau renungkan. KAU TIDAK AKAN SENTIASA DUDUK DI ATAS. SETINGGI MANA KEDUDUKAN ENGKAU, INGATLAH BAHAWA ALLAH ITU LAGI TINGGI KEDUDUKANNYA. DIA BERKUASA ATAS SEGALANYA. YANG HAK PASTI MENANG, YANG BATIL PASTI KECUNDANG !!!

p/s : Kau kata itu yang terbaik dan kau cuba elak masalah tapi ironinya kau takut dengan bayang-bayang sendiri. Paranoid! Dan ingat, ini bukan entri politik, atau cuba menghentam sesiapa. Ini adalah suara hati yang cuba menyatakan kebenaran.

Advertisements

Tersentak sanubari aku bila membaca akhbar semalam. Sialan sungguh Geert Wilders itu kerana berani secara terang-terangan tanpa tersipu-sipu mengejek dan menghina Islam dan kitab suci al-Quran. Sengaja mahu menebalkan sentimen Islamophobia dikalangan non-muslim yang sebelum ini sudah tebal lantaran ketidakadilan media barat yang melakukan propaganda. Kononnya Islam itu pengganas. Islam itu kejam. Islam itu ancaman. Itu tidak benar sama sekali. Itu penipuan maha besar terhadap agama suci ini. Semuanya tipu belaka. Aku sedih kerana sehingga hari ini umat Islam dan agama Islam itu sendiri tidak henti-henti dirobek kesuciannya. Satu demi satu provokasi dibuat menggunakan media kononnya atas dasar kebebasan bersuara. Puak-puak kafirun ini telah merogol  kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara itu bukankah untuk kita mencari kebenaran sebagaimana kanak-kanak menjerit  mahukan susu. Aku sanjung tinggi kebebasan bersuara itu tetapi kini ia dikhianati petualang bernama Geert Wilders dengan filem pendeknya, Fitna. Sesungguhnya Fitna itu memang fitnah. Aku yakin dia tahu hakikat Islam itu tetapi dia sengaja menyembunyikannya demi menegakkan benang yang basah.

Laknat Allah ke atas kamu Geert Wilders!

UMNO, Pak Lah, Khairy Jamaluddin. Banyak perkara berlaku kebelakangan ini disebabkan 3 entiti ini. Setiap hari pasti ada berita mengenainya. Bukan setakat di media perdana, malahan di kalangan bloogers seantero Malaysia. Bila agaknya cerita-cerita ini akan berakhir agaknya? Boleh kalian tolong jawabkan? Sebabnya, aku sudah jelak dengan semua ini… Oh Tuhan!

Polis, Rempit dan Rasuah

Posted: Mac 29, 2008 in Uncategorized

Rasanya ini entri kedua aku tulis mengenai Polis di Raja Malaysia. Aku agak tertarik dengan berita hari ini berkaitan isu mat rempit yang nampaknya masih belum ada penyelesaian dan kini undang-undang akan dipinda untuk menghukum bukan sahaja mat rempit, tetapi juga penontonnya sekali. Nampaknya selepas ini polis perlu membawa banyak lori-lori dalam setiap operasi membenteras gejala ini.

Merujuk akhbar Berita Harian hari ini, Parlimen dalam perbahasan untuk meluluskan pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk membolehkan penonton lumba haram dikenakan tindakan denda tidak lebih RM2000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali. Aku rasa elok juga sekiranya tindakan keras seperti itu diambil terhadap mereka yang menyokong industri rempit ini. Tetapi persoalannya setakat mana keberkesanan penggubalan undang-undang ini sekiranya pihak yang menguatkuasakannya lemah integriti, rasuah tak henti-henti. Bayar duit kopi, kau pasti akan selamat.

Inilah realiti sebenar. Rasuah semakin bermaharajalela menyebabkan undang-undang yang ada hilang kedaulatannya. Sampai bila gejala rasuah ini dapat dihentikan? Dan apabila dikaitkan dengan apa yang aku tulis di atas, sekiranya rasuah terus berleluasa, sampai bila masalah mat rempit dapat dihapuskan? Sama-sama kita fikirkan.

Alahai Polis di Raja Malaysia, rasuah dan rempit…

 

nti-rasuah-copy.jpg

Sekadar gambar ‘hiasan’.

p/s : aku anti rasuah, bukannya nanti rasuah… Ha! Ha! Ha!

 

MT Patuh

Posted: Mac 28, 2008 in Uncategorized

Akhirnya semua patuh. Akhirnya semua setuju. Akhirnya semua akur. Bukankah mudah jika sedari mula duduk dimeja rundingan, membincangkan resolusi kepada permasalahan yang timbul demi kepentingan dan kemashalatan bersama. Ketepikan ego kamu. Ketepikan bongkak kamu. Cubalah berfikiran waras demi menjaga kepentingan rakyat marhaen. Nah! Sekarang semuanya sudah selesai, moga tiada perkara berbangkit akan dipertikai. “Wahai Tuhan ! Kau selamatkanlah negara kami. Kau selamatkanlah kami daripada bencana dan tipu daya duniawi”. Itu munajat kami.

Tentang Cinta

Posted: Mac 28, 2008 in Uncategorized
love-copy.png

Tugasan Terakhir Kami

Posted: Mac 28, 2008 in Uncategorized

down-sindrom.png

Kalian tahu gambar apa di atas itu? Itulah rajah yang menerangkan ciri-ciri yang dialami oleh kanak-kanak down syndrome. Sebenarnya inilah tugasan yang kumpulan aku telah bentangkan hari ini untuk kursus Psikologi Pendidikan. Memang banyak kekurangan yang aku rasa semasa pembentangan oleh kumpulan. Maklumlah, nota slide show baru disiapkan malam tadi. Itupun mula dibuat jam 12 tengah malam. Mujur bahan sudah dicari, jadi hanya isi penting perlu dikenalpasti. Edit sana, edit sini, akhirnya menjelang jam 3 pagi siaplah powerpoint kami. Semasa pembentangan, tak tentu arah kami jadinya. Maklumlah, langsung tiada persediaan. Hanya mengharapkan nota rujukan. Tambahan lagi seorang teman datang lewat ke kuliah kerana terlajak tidur. Aku yang memulakan pembentangan. Kalian bayangkan bagaimana keadaan aku bila terpaksa menterjemahkan nota berbahasa Inggeris secara spontan. Mana tak tergagap jadinya. Istilahnya pula istilah perubatan. Fuhh… Akhirnya selesai giliran aku. Bila tiba giliran rakan yang lewat tiba tadi, dia juga mula melalut dalam menerangkan bagaimana terjadinya down syndrome trisomy 21. Lain di nota, lain diterangkan. Bila dipersoal, dia terpinga-pinga. Maklumlah orang baru bangun tidur, mamainya masih belum hilang. Akhirnya segalanya selesai selepas mengharungi pelbagai cabaran sepanjang pembentangan. Syukur… Mujur pensyarah menambah isi-isi penting, jadi semasa sesi soal jawab kumpulan aku berjaya menjawab dengan baik soalan-soalan yang diajukan walaupun kami tahu soalan-soalan itu ditujukan untuk mengenakan kami, bukan semata-mata kerana mereka inginkan penjelasan. Apa yang membanggakan, pensyarah memuji kandungan pembentangan yang dikatakan lengkap segala isi seperti kehendak soalan. Kalaulah beliau tahu hakikat disebaliknya. Untuk pengetahuan kalian, inilah tugasan terakhir yang perlu kami selesaikan untuk semester ini. Yay!

p/s : Banyak kami beroleh ilmu mengenai penyakit ini. Juga terbit keinsafan dan rasa kesyukuran kerana dilahirkan sempurna tubuh badan. Mahu baca lebih mengenai down syndrome? Klik link ini : ages-and-stages-of-down-syndrome.pdf