Awal Isyak Itu

Posted: Mac 18, 2008 in Uncategorized

Sudah lama rasa ini hilang dari sanubari. Entah mengapa awal Isyak tadi aku rasa sebak secara tiba-tiba tatkala mendengar seruan azan. Mungkin ini peringatan awal daripada Tuan Punya Dunia. Supaya aku tidak terus alpa. Alpa dalam kenikmatan dunia yang sementara. Aku rasa sudah terlalu jauh. Jauh sekali daripada diri aku sebelum ini. Sikap yang kurang dijaga, mungkin karana terlalu gembira bergelak ketawa hingga lupa batasan yang perlu dipelihara. Mungkin terkesan sedikit selepas menonton sebuah video klip yang begitu menginsafkan. Yang memaparkan saat kematian seorang insan.

Jujur aku akui, mungkin kerana aku merasa cukup sihat selama ini menyebabkan aku terlupa mensyukuri nikmat-Nya. Kalau dahulu aku selalu sakit-sakit, nama Tuhan sentiasa meniti dibibir. Namun, selepas dipinjamkan sedikit kesihatan, aku lupa berterima kasih. Oh Tuhan! Lekanya aku…

Komen-komen
  1. rudy berkata:

    ingatan utk saya juga ni. Terima kasih. (sy x sihat dah 2 minggu, minggu ni baru nak recover.perit sekali..tapi kena tabahkan hati)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s