Porno Oh Porno

Posted: Mac 20, 2008 in Uncategorized

Semalam aku jalan-jalan sekitar Serdang, Balakong hingga ke Seri Kembangan. Bukan saja-saja buang masa tetapi mencari ganti tali jam tangan. Namun sangat mengecewakan kerana tidak ada satu kedai pun yang menjual barang yang aku inginkan. Buang masa sahaja. Aku merungut dalam hati. Akhirnya selepas terpusing-pusing sehingga jam mencecah tujuh malam, aku memutuskan untuk pulang sahaja ke kampus. Dalam perjalanan pulang ternampak pula pasar malam, lalu aku singgah sebentar. Namun apa yang aku ingin kongsikan bukanlah cerita apek menjual ikan, atau penjual buah-buahan mahupun peniaga makanan dan minuman. Itu semua sudah biasa bagi kalian. Apa yang menarik minat aku ialah betapa kurang sopannya sesetengah peniaga yang menjual CD, VCD dan DVD. Pastinya CD, VCD dan DVD cetak rompak. Sudahlah menjual barang cetak rompak, menayangkan pula video-video lucah untuk dipilih oleh manusia-manusia yang kegersangan secara terang-terangan. Berbakul-bakul aku lihat. Patutlah ramai lelaki berkerumun. Daripada yang seusia aku hingga yang telah lanjut usia, semuanya tekun memilih cerita yang menepati selera. Daripada warga tempatan hinggalah warga Bangladesh dan Indonesia. Masingmasing sibuk membuat pilihan. Pihak penguatkuasa selalu mewar-warkan tentang kejayaan mereka menghapuskan gejala cetak rompak. Rampas sana, rampas sini. Sudah rampas, digelek dengan jentera berat. Ironinya penjualan video-video cetak rompak terutamanya bahan prnografi masih berleluasa. Entah bila situasi ini akan berakhir. Kalian tahu bila? Terpulang bagaimana kerajaan dan pihak berwajib mengatasinya. Bagi aku, selagi ada permintaan, selagi itu masalah ini tidak akan selesai.  Hapuskan cetak rompak, hindarkan pornografi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s