Ini bukan cerita lucah

Posted: Mac 22, 2008 in Uncategorized

Bukan 18SX

Ini bukan cerita 18SX. Bukan kata aku. Bukan. Juga tidak berunsurkan lucah. Cuma sedikit coretan berkaitan sikap kelucahan sesetengah siswa dan siswi di universiti yang hanya mengaibkan diri sendiri.

Ini juga merupakan rentetan daripada apa yang ditulis oleh budak epal yang menjadikan isu ini sebagai entri (lihat di sini). Kalau dulu hanya siswi yang melakukan aksi begini, nampaknya kini siswa pula mula berani. Entahlah, aku pun tak tahu apa nak jadi. Sampaikan gambar kemaluan sendiri hendak dijadikan koleksi. Mulanya disangka khabar angin, rupanya khabar lengkap dengan bukti. Bila sebut pasal siswi, lagi hebat mereka beraksi. Habis segala yang tersembunyi hendak didedah sana sini. Apa kejadahnya semua ini. Itu belum lagi video-lucah-rakam-sendiri yang tersebar disebabkan kecuaian sendiri. Bukankah sekarang zaman teknologi, segalanya boleh diperoleh dihujung jari termasuklah gambar-gambar dan video-video sebegini. Bila maruah sudah dicalari, barulah sesal menghambat diri. Namun, tiada apa dapat dibuat lagi kerana segalanya sudah terjadi. Entri ini bukan untuk mengkritik siswa dan siswi IPT, sebaliknya sebagai peringatan untuk diri aku sendiri. Aku berdoa supaya dapat menguatkan iman dihati, mohon dilindungi daripada terjebak ke dalam kebejatan sosial yang tidak diingini seperti ini. Aku juga menyeru sesiapa yang membaca entri ini terutama siswa dan siswi, ayuh kita koreksi diri. Ayuh kukuhkan jati diri. Ayuh kita tingkatkan prestasi. Pesan ayah bonda sematkan dihati. Agama dan adat pastikan disisi. Tuhan mesti selalu diingati.

Sekali lagi ingin aku tegaskan. Ini bukan cerita 18SX. Bukan kata aku. Bukan. Juga tidak berunsurkan lucah. Cuma sedikit coretan berkaitan sikap kelucahan sesetengah siswa dan siswi di universiti yang hanya mengaibkan diri sendiri.

*mahu cuba menulis ayat berima seperti budak epal. Ha! Ha! Ha!

Advertisements
Komen-komen
  1. Insan Kerdil berkata:

    perghh…memang best ayat berima entry ni. boleh cuba lagi, tapi 1 saja pesanan nama maya aku ada insan kerdil…
    aeron tue untuk username saja.

  2. emma sabah berkata:

    hmmmm….tak tau nak akta apa……berani buat berani tanggung la..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s