Arkib untuk April, 2008

Susah yang susah

Posted: April 30, 2008 in Aku, Blog, Susah

Semasa berada di kampung, satu sahaja masalah yang aku hadapi. Susah untuk melayari ruang maya. Secara langsung aku hanya mampu untuk menjengah blog kesayangan ini sehari sekali, itupun terpaksa mengeluarkan sedikit duit untuk tercongok di cyber cafe. Maklumlah, di rumah tiada sambungan internet. Di kolej kediaman lain pula ceritanya. Usai solat subuh pun kadangkala aku sudah meneroka alam maya,hahaha.. Maklumlah, wireless tersedia 24 jam tanpa henti. Alahai…

Rindu-rinduan

Posted: April 28, 2008 in Uncategorized

Rasa rindu pula pada teman-teman rapat di kolej kediaman

Terutama pada teman sebilik tersayang

Budak epal yang suka makan pisang.

Pisang berangan pasar malam RM2.50 sekilogram.

Ha! Ha! Ha!

p/s : Lama lagi semester baru akan membuka lembaran.

Ikrar Melayu

Posted: April 27, 2008 in Melayu, Pandangan, Perkongsian

Kalian baca Berita Harian hari ini? Aku tertarik mengulas sedikit berkaitan isu menjulang keris Panca Warisan oleh Datuk Seri Hishamuddin pada Perhimpunan Agung UMNO 3 tahun lalu. Beliau secara sukarela membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dikritik hebat selama ini. Aku hormati tindakan beliau tetapi aku secara peribadi merasakan itu bukanlah suatu ancaman kepada kaum-kaum lain. Apa salahnya kalau kita jadikan keris itu sebagi lambang perjuangan Melayu? Bukankah tanah ini asalnya tanah kita. Kalau bukan orang Melayu sendiri yang membela bangsanya siapa lagi pula yang akan membela kita. Bukan aku ingin menyentuh isu perkauman tetapi silapnya Melayu ini ialah selalu sangat bertelagah sesama sendiri, sanggup menjatuhkan sesama Melayu lalu bangsa lain terus meninggalkan kita terus terkebelakang dalam setiap aspek terutama ekonomi. Alangkah baiknya jika semua kita bersatu demi kemashalatan bersama. Bukankah kita semua bersaudara dalam satu rumpun. Apa kata kita renung kembali dan hayati Ikrar Melayu ini. Kita kaji dan teliti setiap patah kata dan setiap baris baris ayat di dalam ikrar ini. Ingat, setelah kalian membaca ikrar ini, diharap kalian dapat memenuhi aspirasi generasi terdahulu. Pokoknya sekarang kita perlu sama-sama bermuhasabah bagaimana untuk mengekalkan kepimpinan Melayu, bukannya ketuanan Melayu kerana sekarang ini ketuanan sememangnya kita sudah ada. Hayatilah ikrar ini.

Termaktub di Batu Pahat pada 8 Rabi’ulawal 1365 hijrah bersamaan 10 Februari 1946 Masihi :

  • Kami umat Melayu beragama Islam pada hari ini,
  • Berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati,
  • Bertelagah dan berbalah sesama sendiri
  • Kami berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam
  • Kami juga akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami
  • Kami bersedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat
  • Kami umat Melayu, Islam bersumpah setia untuk :
  1. mempertahankan kepentingan dan hak Melayu
  2. mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu
  3. memperjuangkan iktisad dan pelajaran bangsa Melayu
  4. mempertahankan maruah negara supaya aman sejahtera

 

Sama-sama kita renungkan. Hentikanlah segala pertelingkahan wahai bangsaku. Bantulah sesama Melayu dan bekerjasamalah dengan bangsa-bangsa lain kerana kita semua rakyat Malaysia. Setuju dengan aku? Kalau tidak setuju, abaikan sahaja. Mungkin entri ini membosankan tetapi aku menulis ikhlas dari hati demi melihat Melayu tidak terus tersisih di tanah sendiri. Ini pandangan aku. Ini pemikiran aku. Sekadar berpendapat Cuma.

Kosong

Posted: April 26, 2008 in Uncategorized

Serdang menuju ke Melaka sampai Segamat. Rehat malam. Pagi pula. Segamat menuju Melaka kembali ke Segamat. Ini perjalanan aku dalam tempoh kurang 36 jam. Apa yang dapat? Tiada apa-apa. Kosong. Kecewa. Penat. Marah. Sakit hati. Banyak bersabar.

Balik Kampung

Posted: April 25, 2008 in Uncategorized

Assalamualaikum w.b.t.

Sedar tak sedar sudah satu semester berlalu. Sekarang sudah habis pun semester empat. Susah senang, suka duka dan pahit getir untuk semester ini telah aku lalui. Masih berbaki empat semester. Jika dibayangkan mungkin terasa satu waktu yang agak lama tapi hakikatnya masa sekarang begitu pantas berlalu. Mana tidaknya, aku kini pun masih rasa terlalu baru bergelar mahasiswa walaupun tanpa disedari, pejam celik pejam celik, telah dua tahun aku mengikuti pengajian di kampus. Yang baik akan diteruskan sepanjang menempuhi kehidupan, yang buruk akan ditinggalkan sebagai pengajaran. Segala kenangan pasti tersimpan di dalam memori ingatan kerana itulah sebenarnya yang mematangkan kita dalam pencarian erti kehidupan. Rasanya aku bukan ingin menulis entri yang panjang kerana aku perlu bersiap untuk pulang ke kampung halaman pagi ini. Kepada semua kenalan dan taulan, aku mohon kemaafan seandainya ada terkasar bahasa tersilap kata, mohon halal sekiranya ada termakan terminum. Selamat bercuti kepada semua yang bercuti. Jumpa lagi semester hadapan, InsyaAllah.

Sebelum dan Selepas II

Posted: April 24, 2008 in Cuti, Peperiksaan

SEMASA MINGGU PEPERIKSAAN

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

SELEPAS PEPERIKSAAN KERTAS TERAKHIR TAMAT

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

PERASAAN AKU SEKARANG. HA! HA! HA!

Titik-titik Akhir

Posted: April 23, 2008 in Peperiksaan

Assalamualaikum w.b.t.

Jam 2 petang tadi aku ada peperiksaan kertas BBI2421 Interactive Speaking. Esok pula kertas terakhir EDU3105 Pengujian dan Penilaian Dalam Kaunseling. Selepas itu aku akan merdeka. Yay! Lusa balik kampung. Mirhans jangan cemburu ya. Ha! Ha! Ha! Aku minta doa pada Tuhan setiap kali usai solat. Semoga segalanya dipermudah.