Sufiah Yusof : Kisah Tragik Seorang Genius Matematik

Posted: April 1, 2008 in Uncategorized
Satu lagi kejutan buat rakyat Malaysia semalam. Bukan kejayaan memecah rekod dunia atas semangat Malaysia Boleh, tetapi tentang kisah tragik pelajar pintar matematik dari Malaysia yang dulu pernah menggemparkan dunia apabila ditawarkan melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun. Siapa tak kenal Sufiah Yusof. Entah di mana silapnya, akhirnya sebuah akhbar tabloid United Kingdom, News of The World mendedahkan bahawa  dia kini terpaksa menjadi pelacur dengan bayaran hanya 130 pound (RM830) untuk setiap sesi di Salford, Manchaster untuk meneruskan kelangsungan hidup.
untitled-1-copy.png
Sufiah Yusof : Di mana silapnya?

Tak perlu aku mengulas lebih panjang kerana sudah terlalu ramai bloggers yang telah mengulas isu hangat ini. Kalian cari dan bacalah satu persatu. Cuma timbul satu persoalan di dalam kotak fikiran aku ini. Aku pelik mengapa seringkali kanak-kanak Melayu pintar cerdas atau lebih mudah dipanggil genius akhirnya berakhir dengan kesudahan yang tragik. Kalian tentu masih ingat kisah Hadafi (kalau tak silap aku) yang pernah menggemparkan negara dengan kepintarannya yang luar biasa. Namun hari ini kita lihat, apa sudah terjadi kepadanya. Berita terakhir mengenainya, dia bekerja sebagai seorang penebar roti canai. Entah di mana silapnya, kanak-kanak yang mempunyai kebolehan luar biasa ini yang sepatutnya boleh dimanfaatkan sebaik mungkin akhirnya kandas ditengah jalan. Semoga perkara sebegini tidak terjadi kepada adik Adiputra yang baru-baru ini turut menggemparkan Malaysia dengan kepintarannya di dalam matematik. Semoga Allah melindunginya. Apa yang dapat kita sama-sama lakukan ialah mendoakan agar Sufiah kembali ke pangkal jalan kerana masa depan tetap ada bagi yang mahu mencarinya.

p/s : Tiada insan suci yang tak punya masa lampau dan tiada insan berdosa yang tak punya masa depan. Ingat tu.

Advertisements
Komen-komen
  1. hanif amir berkata:

    sufiah..

  2. nursyirah berkata:

    ambil iktibar tuk diri masing2…

    sama2 doa untuk ‘dia’… agar dibukakan pintu hidayah dan kembali ke pangkal jalan…

    bukan terus menerus mencaci, menghina dan menjajah ‘aib’ budak tuhh… dia pun insan biasa yang tidak lepas dari dosa…
    moga dia kembali pada Rabb pencipta yang Maha Pengampun segala dosa2…. ameennn…

  3. iz_nfmy berkata:

    byk kisah ttg knak2 pintar cerdas yg berakhir dgn tragis..
    EQ mrk tidak terisi..sama2 kita kaji mengapa pengakhirannya sebegitu…msti ada silapnya..
    hmm apa pun sama2 kita doakn sufiah kembali ke pangkal jalan.. aminnn

  4. mr seriband berkata:

    mm..jgn jd mcm sufiah….

    mr seriband : mmm…

  5. spade berkata:

    sufiah…
    sufiah…

    spade : ermmm…

  6. hubahuba berkata:

    tragedi yang melanda kerana kanak2 genius ini diberikan pengharapan terlalu tinggi, sehingga ego mengatasi pemikiran genius mereka. seperti tagline blog ni, bila ego beraja dihati, manusia lupa diri.

    apa pula perkembangan terbaru sufiah ni ya? dengar2 da bertaubat….

    hubahuba : alahai..entahlah..

  7. Ain Farah berkata:

    haraf cepat-cepat insaf dan ambil iktibar

    ain : ye betul…

  8. eva... berkata:

    waa..
    name aq hanis SUFIAH..
    da kene ejek..
    sama2 kite berdoa agae dy kmbali ke pgkal jln..
    cpt2 la insaf..
    da x de mase da..

  9. emma sabah berkata:

    semoga sufiah kembali ke pangkal jalan..amin…

  10. emma sabah berkata:

    jgn terlalu berharap dengan kanak2 seperti mereka kerana mereka juga punya angan2…mereka tidak suka di paksa untuk membuat sesuatu yang mereka x suka…jadi ibu bapa ambil ikhtibar la atas pekara yang menimpa sufiah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s