Alahai nasib Tun Dr. Mahathir

Posted: April 7, 2008 in Uncategorized

Entri ini aku tulis kerana rasa pelik aku terhadap sesetengah manusia yang suka bersikap hipokrit. Bila seseorang itu berkuasa, dia akan menghormati individu tersebut. Setiap kata-kata akan dituruti dengan “Yes Sir” tanpa ada yang mempersoal. Tetapi sebaik individu tersebut tidak lagi punya apa-apa autoriti, maka semua yang dilakukan adalah salah. Semuanya tidak kena. Bila berpendapat, pasti banyak bangkangan diterima. Bila cuba menegakkan kebenaran, pasti sukar untuk dicerna. Kita lihat sahaja bagaimana Tun Mahathir dikecam hebat kerana menyuarakan pendapat terhadap kelemahan UMNO sekarang. Semua penyokong-penyokong (BACA : Pengampu-pengampu) Pak Lah akan membalas setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir dengan kritikan-kritikan tajam. Zahid Hamidi misalnya mengeluarkan kenyataan bahawa Tun Mahathir cuba menjahanamkan UMNO dengan tindakannya. Lebih teruk Zahid juga tanpa rasa hormat mengatakan bahawa Tun Mahathir seorang yang Gila Talak Politik. Pak Lah sendiri menyelar tindakan Tun Mahathir sedangkan dia sendiri dahulunya dinaikkan oleh Tun Mahathir untuk menjadi PM. Kalau dulu semasa Tun Mahathir menjadi PM, setiap kata-katanya akan disokong tanpa bantahan tapi kini bagaimana? Kalian sendiri dapat menilainya.

Cukup rasanya aku berikan contoh ini kerana aku bukannya ingin bercerita tentang politik, hanya sekadar mengambil contoh isu semasa dengan apa yang aku bangkitkan. Ini membuatkan aku terfikir bahawa mungkin manusia sekarang hanya akan menyokong dan menyukai seseorang hanya jika individu tersebut dapat memberi keuntungan kepadanya. Mungkin tak?

p/s : Janganlah kita menjadi seorang yang hipokrit. Aku berpesan kepada diri sendiri dan sesiapa yang membaca entri ini.

Komen-komen
  1. bcn1291 berkata:

    entri ni menarik..igt nak komen tapi dah lunch hour plak…kahkahkah..nak makan dulu…selamat menjamu selera….:]

    TB : Aik, kan baru lps komen, hahaha…Selamat makan. Saya lepas ni ada exam lagi jam 2 nanti…

  2. mirhans safni berkata:

    yes bush!…kacang lupakan kulit le tu. gud luck…

  3. iz_nfmy berkata:

    bkn nk sokong @ nk mengampu xdpt pape pun..btol umno mmg kucar kacir sebaik sahaja keputusan PRU 12 diumumkan..mcm2 cite yg kuar..btol pentadbiran Pak Lah tidak brp bgs tp cara menegur yg Tun Mahatir 2 xptt.. dalam islam sendiri kalau nk tegur org msti dgn cara “bilhikmah” bukan dengan selar menyelar antr 1 sama lain..xda faedahnya..bagi aku kita patut cari jalan penyelesaian bukan tuduh menuduh..yg rugi nnt orang melayu juga..
    aku sekadar berkongsi pendapat..

  4. Nur Hakim berkata:

    Hapuskan hipokrit dalam diri….!

    Bila Tun M kata Anwar x buat salah….
    Khairi kata Anwar main belakang…
    Bila TUN M kata UMNO bohong…
    Pak Lah kata tunjuk bukti….
    Bukti apa lagi?
    Khairi belajar tinggi..
    Namun sejauh mana ilmu yang dimiliki…
    Islam liberal.. aku rasa beliau tidak mengerti..?
    Islam Pluralisme juga aku rasa UMNO tidak mengerti?
    Kalau mengerti…. tunjukkan bukti…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s