Entri ke-100

Posted: April 9, 2008 in Uncategorized

Ini adalah entri ke-100 yang aku tulis di dalam ruang maya ini. Entri ini juga aku tujukan khas buat mereka yang menganggap nilai sebuah kemaafan hanya dengan beberapa kiriman es em es.  Aku masih lagi di dalam keadaan tidak berpuas hati, sakit hati dan bermacam-macam lagi perasaan yang bercampur-baur yang semestinya perasaan itu ialah perasaan-perasaan negatif. Ditambah lagi dengan keadaan kesihatan yang kurang memberangsangkan lantaran demam yang tidak kesampaian (sekejap demam, sekejap elok) menambah lagi ketidakstabilan emosi. Tapi hari ini bertambah-tambah lagi sakit hati aku bilamana aku mendapati bahawa nilai sebuah kemaafan bagi mereka-mereka yang bodoh itu hanyalah dengan beberapa kiriman mesej pesanan ringkas. Kau semua ingat cukupkah dengan meminta maaf sekadar dengan menghantar es em es? Kau semua hantarlah seberapa banyak mesej ke dalam kantung inbox aku, dan akhirnya aku hanya akan terus padam mesej-mesej itu tanpa membacanya. Tidak semudah itu aku ingin menerima maaf orang yang telah menjatuhkan maruah aku. Senang sungguh kau kata jangan di bawa perkara ini kepada pihak luar, jangan bertindak begitu begini supaya aku tidak lebih malu lagi. Tapi kau silap. Bagi aku, alang-alang mandi biar basah. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sekali kau menyakiti aku, berkali-kali aku boleh menyakiti engkau. Kau kata kau malu untuk bertemu aku tapi adakah kau fikir bagaimana malunya aku ingin berhadapan orang sekeliling angkara kau orang semua? Dayus kalau tak berani bersemuka dengan aku. Sekali lagi aku beritahu di sini, belum sekalipun aku melafazkan ‘aku maafkan kau’. Ingat itu.

p/s : Maaf kepada pelawat-pelawat yang tidak mengerti mengapa entri aku kali ini agak kasar. Seperti telah aku kata tadi, entri ini aku tujukan kepada manusia-manusia bodoh yang tidak tahu adab bagaimana meminta maaf yang mungkin membaca blog aku ini. Bak kata orang tua-tua, siapa makan cili, dia trasa pedasnya. Maaf sekali lagi.

Komen-komen
  1. redapples berkata:

    sebagai kawan, aku doakan PERMINTAAN ko tercapai. Aku tak nak jadi orang tengah dan aku tak nak masuk campur. Cukup terkena tempiasnya.

    p/s : buatlah apa yang ko rasa perlu wahai Hang Jebat.

  2. mahsyar90 berkata:

    first time jenguk blog ni..😀
    sabar jela ye..

  3. Insan Kerdil berkata:

    hmm, memang pedas…kalau orang yang baca makan cili tu, kalau dia x rasa pedas aku tak taulah…nyway, sabar jelah yer wahai kawnku ini…Kita memang agak serpa, sukar untuk memaafkan seseorang dan mampu untuk menjadi seorang yang lebih teruk dari itu jika mahu membalas..Tapi apa yang penting sekarang adalah kita bersabar.

  4. bcn1291 berkata:

    aku tak reti bahasa berima mcm redapple..tapi aku quote menda ni dari T.D Jakes..tajuknya “Let It Go”..

    When people can walk away from you, let them walk.
    I don’t want you to try to talk another person
    into staying with you, loving you, calling you,
    caring about you, coming to see you…
    Your destiny is never tied to anybody that left…
    People leave you because they are not joined to you.
    And if they are not joined to you, you can’t make
    them stay. Let them go.
    And it doesn’t mean that they are bad,
    it just means that their part in the story is over…
    You’ve got to know when it’s over…
    Stop begging people to stay. Let them go!!…
    If someone can’t treat you right, love you back,
    and see your worth let it go!!!
    If someone has angered you let it go!!!…
    If you keep judging others to make yourself
    feel better let it go!!!…
    Get Right or Get Left…think about it, and then let it go!!!

    hehe..maknanya..lu pikirla sendiri (baca mcm nabil Raja Lawak..)sori ek panjang sket…

  5. mirhans safni berkata:

    for the first, congrate..tuk entri yang ke-100..second..sesungguhnya Allah bersama orang yang benar dan sabar..third..no comment..i know nothing, tapi aku dapat rasa perasaan anda sekang.

  6. hazri87 berkata:

    Budak epal : Entah bila la permintaan aku tu nak tercapai…

    Mahsyar : Terima kasih…

    Insan : Susah nak lupa bila hati disakiti. Err…’Serpa’ tu ‘serupa’ ke,hahaha..

    bcn : poem ni menarik…biarkan orang meninggalkan kita sekiranya mereka mahu. bahagian mereka sudah berakhir di dalam cerita hidup kita..

    mirhans : Terima kasih..

  7. Kipp berkata:

    Biasa aku dapat es em es yang mintak maap dari org lain. Tindakan aku pon sama ngan ko. Hanya delete dan terus delete (terkadang terdelete es em es dari isteri aku suh beli roti untuk breakfast pagi esok… huhuhu)

  8. mahsyar90 berkata:

    haha..
    pape pun tahniah bro entry ke100..
    aku bru lagi dlm wordpress ni jd byk lg yg kena blaja..
    asyik wat lawatan sambil blaja je..haha lol

  9. hazri87 berkata:

    kipp : dah kene mintak maaf kat isteri ko pulak, huhu…

    mahsyar : selamat menulis.. aku akan link blog ko supaya kita dapat terus contact n kongsi idea.. aku pun baru belajar menulis, ayat pun tunggang langgang..

  10. redapples berkata:

    bcn 1291 perlu ke membidas aku sekali kekekekeke🙂

  11. bcn1291 berkata:

    redapple:tu bukan membidas tapi its a compliment..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s