Entri suka-suka

Posted: April 12, 2008 in Uncategorized

 

Aku belek-belek dompet, selak-selak semua poket yang ada. Mahu tahu apa yang aku jumpa? Senarainya seperti berikut :

  • Kad nama abang-abang kumpulan nasyid (Huzaimi Nowseeheart, Razin Mestica, Saiful Mestica, Fadzli UNIC)
  • 2 keping kad kenalan di USIM
  • Kad bisnes akak tempat tempah baju
  • Kad bisnes abang PA Sistem yang juga Event Manager
  • Kad MealPlan (berisi ±RM2)
  • Kad nama sendiri
  • Kad My TV3
  • Kad Kolej
  • Lesen Memandu kelas B2
  • Kad Pengenalan MyKad
  • Kad ATM BSN (sudah sampai had tidak boleh dikeluarkan lagi)
  • Kad ATM BCB (juga sudah sampai had tidak boleh dikeluarkan lagi, faham-faham sajalah…)
  • Wang Tunai RM42.80.

Whoa! Duit tinggal RM42.80. Tolak duit tiket bas RM12.80 tinggal RM30. Aduh! Hanya ini yang boleh diguna sehingga selesai peperiksaan akhir pada 26 April ini. Bermakna ada 15 hari lagi. Kalau dibahagi dengan RM30 itu, sehari aku boleh berbelanja maksima RM2 sehari. Errr… Apa yang boleh dibeli dengan RM2? Mungkin sebungkus mee goreng makcik cleaner sebagai alas perut pagi hari dan sebungkus nasi lemak pakcik gurik selepas maghrib. Atau pilihan kedua sebungkus nasi berlauk pakcik gurik waktu malam. Biarlah aku cuba merasa hidup susah hujung-hujung semester begini, tak mahu terlalu kerap minta duit dari ayah di kampung…Percaya tak ini sahaja isi dompet aku? Tak percaya? Sekarang percaya… Bukan untuk mencari simpati, sekadar untuk berkongsi. Ini blog aku, tempat aku mencurah segala isi hati.🙂

» Kesukaran mengharungi kehidupan itulah yang mengajar kita erti kehidupan.

Komen-komen
  1. rudy berkata:

    takda duit nak makan sila cari saya kat pejabat.

  2. insan kerdil berkata:

    hmm, nanti pape bgtaulah kat aku…manalah tau aku leh bantu, sekurang2nya ringan beban ko. hmm, pasal cerita cinta ku kat matriks tue???bila plak aku bercinta ek kat matriks!!!bahaya spekulasi dan gossip2 liar nie…hahaha

  3. bcn1291 berkata:

    la..cianya..ada duit balik segamat tak?nak pinjam duit?mehla..”saya bukan along saya cuma nak tolong..”hahaha

  4. hazri87 berkata:

    En Rudy : Takpe, sy balik kampung sebab kene buat multimedia utk sekolah rndh kt kg ni.. Alhamdulillah dpt ckit duit.. =)

    insan : TQ sebab prihatin,huhu… InsyaAllah msh cukup, at least smpi ujung sem ni…

    bcn : saya along jugak, along kpd adik2 ku,haha…

  5. izmal berkata:

    pengalaman akan mendewasakan kita…

  6. ainunlmuaiyanah berkata:

    boleh~.. insyaAllah Rm30 cukup untuk hujung bulan..
    caranya banyakkan puasa. bila bukak puasa sila makan kurama dan minum air..
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    kalau pengsan saya mohon ampun~

    ainun : Boleh pengsan ke? Err…nama kamu bagus dan unik sekali…apa maksudnya ya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s