Keadaan Bumi dan Kubur

Posted: April 17, 2008 in tazkirah

Imam Anas bin Malik r.a mengatakan : “Bahawasanya bumi setiap hari menyeru dengan 10 kalimat. Bumi berkata :

1. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atasku tetapi tempat kembalimu di dalam perutku.

2. Kamu melakukan maksiat di atasku dan kamu disiksa di dalam perutku.

3. Kamu bergurau di atasku tetapi kamu menangis di dalam perutku.

4. Kamu memakan makanan haram di atasku tetapi semua ulat-ulat akan memakan dagingmu di dalam perutku.

5. Kamu bergembira riang di atasku tetapi kamu akan merasa susah di dalam perutku.

6. Kamu mengumpulkan barang haram di atasku dan kamu akan hancur di dalam perutku.

7. Kamu sombong di atasku tetapi kamu menjadi hina dan remeh di dalam perutku.

8. Kamu berjalan dengan seronoknya di atasku tetapi kamu akan bersedih di dalam perutku.

9. Kamu berjalan di dalam cahaya di atasku tetapi kamu akan berada di dalam kegelapan yang gelap gelita di dalam perutku.

10. Kamu berjalan beramai-ramai di atasku tetapi kamu akan duduk bersendirian di dalam perutku.

 

Disebutkan di dalam hadis bahawa kubur itu akan menyeru 3 kali pada setiap hari :

1. Aku adalah rumah terpencil, rumah binatang buas, rumah kala jengking dan rumah ular.

2. Aku adalah rumah yang gelap.

3. Aku adalah rumah ulat-ulat.

 

Diterangkan di dalam satu riwayat yang lain, bahawa kubur menyeru sebanyak 5 kali setiap hari :

1. Aku adalah rumah yang terpencil, maka hendaklah kamu membaca Al-Quran.

2. Aku adalah rumah yang gelap gelita, maka terangilah aku dengan solat malam (tahajud dsb).

3. Aku adalah rumah debu dan kotor maka bawalah amal soleh.

4. Aku adalah rumah ular berbisa, maka bawalah penawarnya iaitu “BISMILAHIR-RAHMANIR-RAHIM” dan cucuran air mata (kerana takutkan Allah S.W.T).

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka perbanyakkanlah bacaan “Laa Ilaaha Illallah Muhammadur Rasulullah” di atasku (semasa hidupmu), agar kamu dapat memberikan jawapan kepadanya.

 

Hadis riwayat Bukhari bahawa Nabi S.A.W bersabda yang ertinya :

 “Apabila mayat itu sudah diletakkan (dalam usungan) dan dibawa oleh orang-orang lelaki di atas bahunya (ke kubur), maka apabila mayat itu termasuk orang yang ahli melakukan amal soleh, ia mengucapkan : “Segerakanlah olehmu semua (membawa aku ke kubur)”. Tetapi apabila mayat itu ahli maksiat (suka engkar pada perintah Allah), maka ia mengatakan : “Aduh! Alangkah celakanya aku! Kemanakah kamu semua ingin membawa aku?”. Semuanya mendengar ucapan mayat ini kecuali manusia.

 

p/s : Sama-sama kita renungkan. “Setiap ilmu yang disampaikan ibarat sebutir benih bermutu yang disemai di tanah yang subur”.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s