Arkib untuk Mei, 2008

Pemikiran

Posted: Mei 31, 2008 in Uncategorized

Untuk maju ke depan, tinggalkan segala yang di belakang.

Radikal sangatkah pemikiran ini? Sudah agak lama aku simpan di dalam otak tentang ini dan sekarang aku ingin berkongsi dengan kalian. Ini hanyalah sedikit luahan pemikiran aku yang entah apa-apa.

Melankolik ke???

Posted: Mei 29, 2008 in Uncategorized

Pagi tadi hari aku bermula dengan keadaan emosi yang agak melankolik. Mood juga agak kurang baik. Tetapi malam ini aku berjaya mengembalikan mood yang agak ceria. Sudah tidak melankolik lagi. Dan sekarang, jam 2103 aku berada di cyber cafe menulis entri yang entah apa-apa ini. Selepas membuang masa pusing-pusing sekitar bandar Segamat. Seorang diri. Sekadar untuk menenangkan fikiran. Selamat malam.

Entah Apa-apa

Posted: Mei 27, 2008 in Uncategorized

Manusia selalu lupa bila punya sedikit kuasa.

Manusia selalu alpa bila punya banyak harta.

Manusia selalu leka bila hidup sentiasa selesa.

Manusia hanya ingat bila sudah hilang segalanya…

Macam-macam

Posted: Mei 20, 2008 in Uncategorized

Esok seawal jam tujuh aku akan bertolak ke Johor Bharu untuk mengikuti kursus keusahawanan anjuran FELDA. Sekadar menggantikan pak cik yang sibuk dengan urusannya menyebbkan dia tidak dapat pergi. Jadi aku disuruhnya mengikuti kursus tersebut dan aku menerimanya dengan tangan terbuka. Mencari pengalaman. Kursusnya sehingga 24 Mei di Hotel J.A Residence Johor Bharu. Selepas itu pada 26 Mei sehingga 4 Jun aku akan pulang sebentar ke kampus untuk membantu kawan menjadi fasilitator untuk dua kursus motivasi. Selepas itu aku akan balik ke kampung halaman dan mula ‘bertugas’ di kedai alat timbang sehingga habis cuti semester. Itulah perancangan aku untuk dua minggu mendatang. Alahai, macam-macam.

Entri aku adalah seperti tajuk di atas.

.

.

.

.

.

.

Assalamualaikum…

Akhirnya setelah sekian lama hari ini dapat juga aku menyempurnakan tag yang dihadiahkan oleh Encik Mahsyar. Tag yang berbunyi ‘5 First Time’. Jadi yang di bawah ini adalah 5 first time yang aku pilih daripada sekian banyak first time yang aku ada, hahaha…

 

1)      First time lihat dunia. Aku pun tak ingat apa perasaan aku semasa lahir ke dunia sebab masa tu aku masih bayi yang tak tahu apa-apa, hehe… Yang penting itulah first time yang paling penting sebab kalau aku tak melalui first time itu, pasti tidak ada first time yang lain 🙂

2)      First time kemalangan motosikal. Masa tu aku tingkatan dua. Kemalangan yang aku alami agak teruk apabila motor yang aku bawa terbabas dan aku pengsan di tempat kejadian. Kaki aku cedera agak teruk kerana melecur terkena ekzos di beberapa tempat yang masih berparut hingga sekarang. Saiz parut di kaki adalah daripada sebesar duit syiling 10 sen hinggalah selebar tiga jari. Seminggu aku tidak bersekolah dan kesannya, aku yang biasanya mendapat antara tempat tiga terbaik di dalam setiap peperiksaan akhirnya mendapat nombor 11. Huaaaaa…..

3)      First time dapat semua A. Aku dapat 9A (sebab aku ada tambahan Bahasa Arab komunikasi) dalam peperiksaan PMR tahun 2002. Lebih manis lagi aku merupakan pelajar terbaik dan satu-satunya pelajar yang mendapat 9A di SMK Dato’ Bentara Dalam. Aku pun pelik macam mana aku boleh dapat semua A.

4)      First time gagal subjek. Subjek pertama yang aku gagal ialah Matematik Tambahan sewaktu ujian pertama. Memang aku sudah agak otak aku memang susah menerima Matematik yang kompleks itu. Sepanjang aku belajar Matematik Tambahan, entah berapa kali sahaja aku lulus, hahaha… Tapi untuk Matematik Moden aku dapat 1A dalam SPM. 

5)      First time masuk asrama. Tempatnya adalah di SMT Bukit Piatu Melaka semasa aku berada di dalam tingkatan 4. Mulanya agak berat berjauhan dengan keuarga namun akhirnya aku pada hari ini sudah terbiasa jika berjauhan dengan keluarga. Sejak tingkatan 4 hingga sekarang aku agak jarang berada di kampung halaman sehingga ada orang-orang tua di kampung yang ingat-ingat lupa aku anak siapa, hahaha…

 

Itulah beberapa first time yang aku sempat kongsi dengan kalian. Diharap encik yang sudi tag aku ini berpuas hati. Aku sungguh terharu, hehehe…

Kawan a.k.a Adik Baru : ADAM

Posted: Mei 14, 2008 in Adam, Aku, Kawan, Peribadi

Haa… Inilah kawan baru aku… Sudah beberapa orang menegur bila kami bersama. “Korang ni adik-beradik ke?”. Apa-apa sajalah. Apapun dia memang adik aku sebab umurnya baru 18 tahun. Adik Adam, hahaha…

p/s : Kepada En. Mahsyar, nanti aku jawab tag kau ya. Aku sungguh ‘terharu’ dengan tag tersebut, huhu…