Arkib untuk Jun, 2008

Lumrah manusia, bila mendapat sesuatu yang memberi kebahagiaan kepadanya akan heboh bercerita kepada orang lain hingga kadangkala menyebabkan cakap besar tetapi ironinya bila sesuatu yang diterima kurang menyenangkan, akan disorok perkara itu daripada pengetahuan orang lain selagi boleh. Apalah ertinya syukur? Bila gembira lupa untuk itu, bila duka lebih lagi. Asyik merungut dan bersungut.

Bangkai haiwan dijalanan yang mati dilanggar kenderaan mungkin sesuatu yang menggelikan kita yang melihat tetapi mungkin merupakan sesuatu yang amat menyelerakan bagi kawanan tiong batu yang kelaparan.

Kalian faham apa aku cuba sampaikan. Pandai-pandailah tafsirkan sendiri.

p/s : Keputusan peperiksaan akhir semester lepas sudah diketahui. Alhamdulillah, ada sedikit peningkatan berbanding keputusan semester lepas yang agak mengecewakan. Paling penting, sasaran untuk mengekalkan PNGK 3.5 ke atas masih tercapai. Aku idak mengharapkan yang terlalu tinggi kerana aku hanyalah insan biasa yang kadangkala cuba melakukan sesuatu untuk menjadi luar biasa.

Aduh duh duh duh…

Posted: Jun 9, 2008 in Uncategorized

Kalau dulu isi minyak tiga ringgit boleh tahan empat hari, sekarang tiga ringgit cuma tahan dua hari. Ke mana sajalah boleh pergi dengan minyak sebanyak 1.111 liter itu. Tetapi dalam Buletin Utama semalam ada ura-ura kad diskaun pelajar akan diperkenalkan untuk mengurangkan beban para pelajar IPTA/IPTS. Walaupun baru sekadar cadangan, mudah-mudahan ia dapat dilaksanakan. Kalau tidak, mahu agaknya pertengahan semester aku mengalami kebocoran poket, hahaha… Aduh, dunia sekarang. Mahu bergerak saja perlukan duit. Sampaikan kalau nak mati juga perlu simpan duit untuk urusan pengkebumian. Alahai…

p/s : Sekarang Adam sedang kumpul duit untuk beli motor baru. Sungguh berdikari.

Naik Tak Turun-turun

Posted: Jun 4, 2008 in Uncategorized

Minyak naik harga mulai jam 12 tengah malam ini. Yay! Aku begitu terharu. Lalu aku terus menghidupkan enjin motor dan memecut ke stesen minyak untuk menikmati petrol subsidi buat kali terakhir. Whoa! Kenderaan sudah beratur panjang LAH beberapa ratus meter di setiap stesen minyak. Esok harga petrol RM2.70 per liter. Mati LAH! Beras sudah naik harga LAH. Tarif elektrik bakal naik LAH. Tambang bas juga dijangka naik LAH. Mungkin harga makanan juga akan naik LAH. Oh! Aku sungguh terharu sehingga tak tahu nak tulis entri apa. Bengong LAH. Aku nak balik LAH. Boleh blah LAH LAH. Tak popular konon.