Arkib untuk Julai, 2008

Angkasaraya

Posted: Julai 31, 2008 in Uncategorized

Kelmarin aku terima sms dari si dia ;

Jikalau ku ada roket

Kan ku bawamu bersama ke angkasaraya

Menikmati keindahan bulan

Kan kutinggalkanmu di situ kerana . . .

Bumi ini sungguh aman tanpamu, hahahaha . . .

 

Hampeh !!!

Advertisements

Kita Tak Tahu

Posted: Julai 28, 2008 in Kata hikmah, Perkongsian, tazkirah

Gelap dan Cahaya

Posted: Julai 25, 2008 in Kata hikmah, Pandangan, Perkongsian

Tentang Buah

Posted: Julai 23, 2008 in Aku, Cuti, Kampung, Musim Buah

Entri ini aku ingin tulis semalam sebenarnya tetapi disebabkan wireless connection yang lembap macam siput babi melintas jalan menyebabkan aku terpaksa menangguh hasrat hati. Nak tulis pagi tadi pula aku dikuasai perasaan bengang, jadi terbantut sekali lagi dan diganti dengan entri bengang. Tetapi disebabkan ketika ini perasaan bengang tersebut sudah hilang, maka aku sambung menulis dengan senang hati. Dan entri ini sekadar perkongsian yang dizahirkan melalui kegatalan jari-jemari aku untuk mengupdate blog ini. Kalau kalian rasa malas mahu membaca, klik saja simbol X dihujung atas sebelah kanan skrin komputer kalian. Ini cerita aku.

Aku pulang ke kampung halaman pada hari Jumaat lalu dan hanya kembali ke kolej kediaman pada hari Isnin. Mungkin sudah menjadi tabiat membuat keputusan secara adhoc, usai kelas jam sepuluh pagi aku bergegas pulang ke kolej kediaman mencapai apa yang sempat dan yang perlu dibawa. Mujur semuanya berjalan lancar seperti perkiraan minda separa sedar aku ketika itu, hahaha.. Menjelang jam empat, aku sudah sampai ke bandar Segamat. Aku pulang ke kampung pun ada sebab tertentu sebenarnya. Maklumlah, musim durian sedang rancak di Segamat. Kalau kalian ingin, aku memang pantang dengan durian. Bukan pantang makan tapi pantang jumpa 🙂 . Buah-buahan lain juga hampir tiba musim ranumnya. Nampaknya tak dapat aku merasa rambutan dan manggis di kampung. Rambutan masih hijau. Manggis baru masak sedikit. Tidak mengapa kerana di kampus ada ladang rambutan, nanti boleh makan sepuasnya. Tak sempat merasa, ambil gambar pun jadilah, hahaha…

JAMBU MADU ADA. SUDAH RANUM.

 BELIMBING PUN ADA. SEBAHAGIAN DAH RANUM.

 MANGGIS YANG ADA JUGA BELUM MASAK.

POKOK DURIAN DI RUMAH NENEK AKU. BUAHNYA NUN DIHUJUNG DAHAN. SPESIS DURIAN TEMBAGA. ISINYA KUNING DAN LEMAK BERKRIM. PERGH…

RAMBUTAN. JUGA BELUM MASAK. BARU KUNING SEDIKIT.

NENAS PUN MAK AKU ADA TANAM. SPESIS NENAS JOSEPHINE. MANIS RASANYA DAN SEDAP DIBUAT JUS.

DUA BIJI DURIAN YANG AKU SELESAIKAN. KENYANG. TAK PAYAH MAKAN NASI LAGI. DAN SELEPAS ITU SETIAP PAGI AKU BERSARAPAN DURIAN, HAHAHA…

INILAH RUMAH NENEK AKU. TAK JAUH DARI RUMAH AKU. 

P/S : Tak dapat aku merasa buah-buah lain selain durian. Mungkin bukan rezeki. Alahai.

 

 

 

 

Aku Bengang

Posted: Julai 23, 2008 in Aku, Bengang, Blog, Perasaan, Peribadi

Satu perkara ingin aku tulis hari ini.

AKU BENGANG!

Noktah.

Pikat Gila-gila

Posted: Julai 17, 2008 in Aku, Kawan, Pandangan, Perkongsian, SMS

Malam kelmarin. Aku ber sms dengan seorang teman.

Dia   : Ajarlah ana cara nak pikat orang.

Aku  : Aku mana tahu nak pikat-memikat ni.

Dia   : Pikat supaya orang senang dengan kita. Bukan pikat perempuan.

Aku   : Oo.. Bagi aku biasanya aku ikut keadaan persekitaran. Kalau kawan-kawan jenis gila-gila, aku boleh jadi gila-gila. Kalau jenis intelek, aku intelek. Kalau jenis hepi-hepi, aku hepi-hepi. Pendek kata, bila kita selesa dengan orang, orang selesa dengan kita.

Dia   : Tapi kalau nak ajak kepada kebaikan, takkan kena gila-gila dengan orang yang berperangai gila-gila? Tak sesuai lah.

Aku   : . . .  (terlelap, hahaha…)

 *ana : saya, aku

Untuk DIA-DIA

Posted: Julai 14, 2008 in Uncategorized

Untuk DIA yang pertama,

Akan aku belajar bersungguh-sungguh sebagai tanda syukur wujudnya aku di dunia.

. . .

Untuk DIA yang kedua,

Akan aku belajar bersungguh-sungguh sebagai tanda terima kasih di atas segala keringatnya.

. . .

Untuk DIA yang ketiga,

Akan aku belajar bersungguh-sungguh sebagai tanda terima kasih kerana melahirkan aku ke dunia.

. . .

Untuk DIA yang keempat,

Akan aku belajar bersungguh-sungguh sebagai tanda terima kasih kerana sentiasa membuat aku berhati-hati.

. . .

Untuk DIA yang kelima,

Akan aku belajar bersungguh-sungguh sebagai tanda terima kasih kerana menjadi pendorong semangat untuk aku terus belajar.

. . .

Untuk DIA yang keenam,

Akan aku belajar bersungguh-sungguh sebagai tanda terima kasih kerana sudi mewarnai hidup aku.

. . . . . . . . . .