Jom Jalan-Jalan

Posted: Julai 13, 2008 in Aku, Jalan-jalan, Makan-makan, Perkongsian

Rasanya lama sudah aku tidak menulis di dalam ruang ini. Jadi hari ini aku ingin menulis sedikit bingkisan untuk dikongsi bersama kalian. Malam semalam aku diajak oleh seorang rakan pergi jalan-jalan cari makan. Destinasi yang dituju ialah Restoran Sate RK di Jelatek. Katanya restoran tersebut agak terkenal dengan satenya. Sampai sahaja di tempat yang dituju, kami memesan sate dan nasi ayam. Berselera sungguh aku lihat rakan aku menjamu selera. Tapi apa yang menarik perhatian aku ialah dekorasi dalaman restoran tersebut yang mengunakan tema rumah kampung. Boleh dikatakan apa yang biasanya ada di dalam sebuah rumah kampung ada disitu. Daripada tempayan, tingkap kayu, basikal tua hinggalah almari (orang Johor panggil robok) menyimpan makanan. Malangnya semua gambar-gambar yang diambil masih pada kawan aku, jadi tak dapat untuk aku masukkan sekali di dalam entri ini. Yang ada hanya beberapa keping gambar juadah yang menjadi santapan, hahahaha…

SATE AYAM DAN DAGING YANG MENJADI MANGSA

SEBELUM

SELEPAS

Usai menjamu selera, kami bergerak ke downtown Cheras. Hajat dihati mencari baju yang Adam (bagi yang tak tahu siapa Adam, rujuk entri sebelum ini) minta aku tolong belikan namun setelah puas mencari, apa yang dicari tidak aku jumpa. Sudahnya aku membeli lampu aromaterapi dengan aroma lavender untuk dipasang di bilik. Kata orang haruman lavender boleh mengurang stres, jadi harap-harap selepas ini aku dan teman sebilik tidak stres-stres lagi, hahaha…

LAMPU AROMATERAPI DENGAN HARUMAN LAVENDER. WANGI…

p/s: Tak dapat mahu berjalan lama-lama kerana kekangan masa. Maklumlah, terpaksa pulang ke kolej kediaman sebelum jam 12 malam. Tak mengapa. Lain masa boleh jalan lagi.

Komen-komen
  1. نورنانا berkata:

    cantik la lampu tu..
    beli mane eh?

    nana : kat downtown a.k.a pasar malam cheras, hehehe…minat ke??

  2. نورنانا berkata:

    minat gak la..
    mahal ke eh?

    nana : murah ja..harga bukak RM38, mintak kurang dapat RM35,hehehe…

  3. نورنانا berkata:

    boleh tahan la murah…
    kau kat cheras kan?
    celah mana?

    aku tahu downtown, tapi tak rajin pegi..

    nana : tak, aku kat serdang, UPM…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s