Arkib untuk September, 2008

Kad Raya

Posted: September 26, 2008 in Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan pada semua yang aku kenal samada di dunia nyata mahupun sekadar di dunia maya. Moga kalian gembira dan bahagia bersama insan tersayang di hari yang mulia. Sama-sama berdoa agar Ramadhan yang bakal kita tinggalkan memberi satu pengajaran yang cukup bermakna dan keinsafan kepada kita untuk melalui tempoh setahun akan datang. Sama-samalah kita berdoa agar dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan al-Mubarak pada tahun hadapan. Seminggu cuti bermakna mungkin seminggu jugalah aku akan memberi cuti kepada blog kesayangan ini… Jumpa lagi seminggu selepas raya..

Advertisements

Yang Terakhir

Posted: September 25, 2008 in Akhir, Aku, Cuti, Rempit

Beberapa perkara terakhir aku inginkan hari ini sebelum kembali ke kampung halaman :

1. Kali terakhir nak naik bas UPM sebelum balik sebab motor dah dihantar untuk disimpan sempena cuti panjang, hehehe…

2. Kali terakhir nak pergi kuliah sebab petang ni dah balik dah..

3. Kali terakhir nak tulis entri dalam blog secara live sebab lepas ni dah tak online masa cuti raya. Tapi ucapan khas sempena raya ada aku tulis dan akan terbit secara automatik pada 26/9 nanti…

4. Kali terakhir nak jumpa kawan-kawan sekuliah… Lama aku cuti tau… Ehehe..

5. Kali terakhir nak solat berjamaah Zohor di surau kolej. Dah lama rasanya tak berjamaah, tiba-tiba timbul rasa rindu…

6. Kali terakhir nak tulis entri bertajuk kali terakhir, hehehe…

Assignment dan Kad Raya

Posted: September 24, 2008 in Tekanan, Tugas

Banyak sungguh assignment yang perlu diselesaikan dalam tempoh seminggu ni. Salah aku juga, tugasan diberi awal semester, dihujung-hujung ini baru terhegeh-hegeh mahu disiapkan. Mungkin aku jenis manusia yang perlukan mood yang baik dan sedikit tekanan untuk melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Entahlah. Bila dalam keadaan tertekan laju sahaja tangan aku menaip dan idea juga mudah diluahkan. Boleh pula tahan menghadap laptop 5 hingga 6 jam tanpa henti. Ada tak cara macam mana nak rajin-rajin buat assignment awal semester? Hehehehe…

Tension takde lah terlalu tension. Cuma kadang-kadang rasa nak muntah hijau, hahaha.. Yang penting saat aku menulis ni, aku sudah menyelesaikan satu tugasan yang perlu dihantar hari ini, 24 September 2008 sebelum jam 4.30 petang… Suka suka suka (macam Upin dan Ipin la pulak, hihihi..)

p/s : bukan aku seorang saja yang buat kerja last minute nampaknya, hahaha… Rupa-rupanya hampir semua rakan sekuliah terutama yang lelaki sedang gigih menyelesaikan assigment dua tiga hari ni. Padan muka kami..

p/s/s : kalau ade sesiapa yang nak hantar kad raya pada aku boleh pos ke rumah ye. Sempat lagi ni, hahahaha…

Muhammad Zuhairi Zolkiplee,

363 Jalan Cenderawasih,

Felda Medoi,

85050, Segamat,

Johor Darul Takzim.

Lompat-melompat

Posted: September 19, 2008 in Aku, Pemimpin, Tugas

Kata orang,

“Sentiasa jangkakan apa yang diluar jangkaan”.

Moga-moga aku tidak tersilap dalam membuat percaturan. Mungkin ini masanya untuk melihat siapa kawan, siapa lawan. Dan mungkin juga aku akan tahu siapa talam dua muka.

Perang

Posted: September 14, 2008 in Aku, Kawan, Sindiran, Sinikal

Dua ekor ENGGANG isytihar perang sama satu ekor HELANG. Sang PIPIT sukar ambil peluang. Atau, PIPIT takkan ambil peluang.

 

Melayu

Posted: September 8, 2008 in Melayu, Pandangan, Perkongsian, Sajak

Alahai Melayu. Kerana kuasa jadi rebutan, sanggup bangsa jadi ejekan. Sedang antara Melayu asyik berbalah, bangsa lain yang melihat ketawa berdekah. Untuk jawatan yang digilakan, agama pula jadi mainan. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Takut nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Nanti sudah terhantuk baru terngadah. Apalah salah bermuzakarah sebelum sampai masa lelah. Betulkan mana yang salah, baiki sisi yang sompek, tampal segala kebocoran. Betul agaknya Melayu mudah lupa. Lupa bahawa perjuangan belum selesai. Apa kata kita renungi sajak nukilah Sasterwan Negara, Allahyarham Usman Awang. Baca dengan hati, supaya setip bait dapat dimengerti.

MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani semua Melayu, Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya, Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya, Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya, Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal, Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali, Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri. 
 

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan.

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!

Allahyarham SN USMAN AWANG

Sandiwara

Posted: September 5, 2008 in Pandangan, Perkongsian, tazkirah

Aku, kau dan semua orang. Adalah peran dalam pentas lakonan dunia. Tak perlu limpahan lampu sorot mahupan sebaran publisiti meluas untuk jadi terkenal seantero dunia. Aku, kau dan semua orang sudah terkenal bukan saja dalam kalangan manusia malahan malaikat, jin, dan tentunya syaitan yang sentiasa ingin sentiasa rapat dengan kita. Segalanya yang wujud ada wataknya. Sudah tentu Allah S.W.T itu selaku al-Khaliq adalah pengarahnya. Dia yang menentukan apa dan siapa yang akan ada di dalam set lakonan ini.

Alam semesta, gunung-ganang, lautan luas, awan, langit, flora, fauna dan sebagainya sebagai props dan hiasan dalaman. Manusia, jin, syaitan dan malaikat adalah pelakonnya. Malaikat itu watak protagonis manakala syaitan itu watak antagonis. Istimewanya manusia boleh berubah-ubah wataknya samada mahu jadi putih atau hitam. Ikut pertimbangan akal yang menjadi hak istimewa manusia. Itu sebabnya kadangkala kita lihat manusia yang baiknya kurang sedikit daripada malaikat dan juga manusia yang jahatnya kurang sedikit daripada syaitan. Skripnya iaitu jalan cerita kehidupan sudah ditentukan tetapi masih boleh berubah-ubah bergantung kepada kondisi dan situasi semasa kerana Tuan Pengarah telah memberi kelonggaran. Kata-Nya, Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri. Itu termaktub di dalam kitab undang-undang dalam lakon layar ini.

Sampai masanya nanti apabila Dia rasa ingin mengumpulkan semua pelakon yang telah mamainkan peran di dalam sandiwara ini, maka segala props dunia itu akan dibuangkannya dan digantikan dengan satu dataran maha besar dipanggil Padang Mahsyar. Perlunya dataran itu adalah untuk mengumpul bukan berjuta malah berbillion atau bertrillion pelakon yang statistik sebenarnya hanya Tuan Pengarah sahaja yang tahu. Pada waktu itu, akan diadakan satu majlis anugerah besar-besaran di mana setiap markah yang diperolehi oleh setiap pelakon yang telah dicatatkan oleh pencatat setia Raqib dan Atid akan diserahkan. Siapa yang banyak merit kerana baik lakonannya akan diserahkan buku amalannya dengan tangan kanan manakala siapa yang selalu di dimerit kerana selalu sengaja silap dalam lakonannya serta sering melawan Tuan Pengarah akan dserahkan buku amalannya dengan tangan kiri. Pada hari tersebut juga akan ditayangkan semula babak-babak yang telah dilakonkan oleh setiap pelakon.

Akhirnya dalam majlis anugerah tersebut yang nama glamournya Hari Perhitungan, Tuan Pengarah akan menganugerahkan pelakon-pelakon yang memainkan watak baik akan mendapat Anugerah Syurga yang penuh manakala meeka yang berwatak jahat dan suka melawan Tuan Pengarah akan menerima Anugerah Neraka yang maha dahsyat. Pelakon terbaik sudah tentu menjadi milik Muhammad bin Abdullah s.a.w kerana dia menjadi kebanggan Tuan Pengarah. Jika tidak, masakan tatkala diciptakan pelakon pertama iaitu Adam a.s. namanya telah tertulis disamping nama Tuan Pengarah.

Jadi, sebelum tibanya hari penganugerahan itu, marilah kita sama-sama koreksi diri. Watak apa sebenarnya yang kita mainkan sekarang. Berbetulan pula dengan bulan Ramadhan ini yang merupakan musim Mega Sale dan diskaun hebat dibeikan oleh Tuan Pengarah. Kerja sedikit tapi gajinya banyak. Siapa lagi yang mahu cuba katakan bahawa hanya dia sahaja pelakon terbaik dan mahu bercerita seolah-olah dia adalah pelakon terbaik? Tepuk dada, tanya iman.