Budi Tiada Bahasa Pun Kurang

Posted: Oktober 31, 2008 in Aku, Peribadi

Versi Edit :

Tajuk di atas hanyalah petikan baris terakhir serangkap pantun yg ada  aku tulis di dalam entri ini. Sila faham betul-betul ya.

Koma.

Kalau dulu ada dari kalangan mereka yang dilatih oleh kalangan kami untuk memimpin. Kini apabila mereka menggantikan kami, kami dipinggirkan. Tak mengapa kata aku.

Kalau dulu yang dari kalangan mereka itu mengormati kalangan kami yang masih memimpin. Kini apabila mereka menggantikan kami, kami diperlekehkan. Tak mengapa kata aku.

Kalau dulu juga, yang dari kalangan mereka itu sering berjumpa kalangan kami yang masih punya kedudukan. Kini apabila mereka mengantikan kami, kami dikata mahu campurtangan. Tak mengapa kata aku.

 

Anak punai anak merbah,

Hinggap ditunggak mencari sarang,

Anak sungai lagikan berubah,

Inikan pula hati orang.

 

Dulu kami di atas, semua pengamal-pengamal hipokritisme mendampingi kami dan mungkin termasuk sebahagian dari kalangan mereka yang sewaktu itu masih di bawah. Mungkin kata aku. Mungkin. Tak mengapa kata aku.

Sekarang kami di bawah, mereka boleh buat apa saja kerana kami ini hanyalah marhein yang mengharapkan sedikit jasa yang diberikan semasa kami di atas, dihargai. Tidak untuk sehingga disanjung. Cukup sekadar dapat tempat berlindung.

Bukan kami tidak mahu memberi komitmen tetapi setahun lalu kami sudah puas. Berilah kami peluang untuk berehat dan bernafas. Itu yang kami harap dari sebahagian daripada mereka yang berada di atas. Tetapi, kalau kami yang telah di bawah ini dirasakan tidak diperlukan lagi dan perlu disingkirkan, apa boleh kami yang telah berada di bawah ini buat?

 

Apa diharap pada padi,

Tinggi rumput dari ruang,

Apa diharap pada kami,

Budi tiada bahasa pun kurang.

 

p/s : Bukan niat menyindir  apa yang dilakukan oleh mereka yang berada di atas kepada kami yang telah berada di bawah semula. Sekadar luahan perasaan kerana ada dari kalangan kami yang telah berada di bawah menyuarakan bahawa yang berada di atas sekarang TIDAK KENANG BUDI.

Komen-komen
  1. mantan mtm berkata:

    takpe..tunggula nanti time dorang jadik marhaein pulak. hidup ini bagai roda…

    mantan : doakan yg terbaik untuk mereka…

  2. noh berkata:

    Setiap manusia yang dilahirkan kedunia fana ini tentulah mempunyai pemikiran dan pemandangan yang tersendiri kerana kita dilahirkan berbeza demografi. Pengluahan dan sindiran adalah perkara senonim dalam kehidupan. Namun persoalannya sejauh mana kita cuba mengkaji dan memahami asas tersirat daripada pengluahan tersebut. Jika kita berpegang pada paksi agama terima seadanya semua itu. Yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan. Teguran itu adalah salah satu pancang pengerak ke arah penyempurnaan swadiri menjadi insan kamil. Jalankanlah amanah yang diberi dengan sebaik mungkin kerana akan disoal di akhirat kelak. Hentikanlah perbalahan ini. Lihat ia daripada sudut yang positif. Tumpukan tugas kita yang hakiki sebagai mahasiswa…….

    noh : aku tak mulakan perbalahan, cume ade beberapa oang bodoh yg salah faham n mula panas punggung…dlm entri aku xde mention pun ditujukan utk sape, hehehe…

  3. qdetactive berkata:

    sudah, buang yang keruh ambil yang jernih!

    q : ish, air paip mane ade keruh, kn dh letak klorin, hahahaha…

  4. noh berkata:

    Orang yang menghulur lebih baik daripada orang yang menerima…….Mudah saja kita nak dapat pahala kan ?………..Terus hentikan perkara sia-sia ini. Jika tidak dihentikan pasti patologi penyakit hati terus bersarang. Cuma saya nak komen kepada semua pengomen harus kita memberi komen yang membina jangan sesekali memberi komen yang boleh menyebabkan pergaduhan dan pertekaran……Bahasa hendaklah dijaga kerana kitakan mahasiswa. Ilmu yang kita cari di kampus harus dicanai dan digarapkan dalam bentuk perlakuan dan penulisan.Terima kasih

    noh : betul betul betul…kn dh tulis kt entri terbaru aku tu, hehehe..noh, ayat ko ni tingi sgt, nanti takut ade org yg x faham, hoho..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s