Arkib untuk November, 2008

Aku Baru Pulang

Posted: November 25, 2008 in Aku, Cuti

Aku baru pulang dari Univesiti Utara Malaysia selepas menghadiri Kolokium Pembimbing Rakan Siswa IPT peringkat kebangsaan. Penat juga rasanya. Esok pagi-pagi kalau tiada aral melintang aku ingin ke Hospital Kuala Lumpur untuk melawat anak pak cik aku yang baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang. Kesian. Anak perempuannya yang baru berusia 14 tahun didapati mempunyai masalah tulang belakang yang besar kemungkinan disebabkan kecederaan akibat jatuh semasa kecil yang tidak disedari oleh pak cik dan mak cik aku. Doakan dia ya. Kalau mengikut perancangan, selepas ke HKL, aku akan terus ke Hentian Pudu Raya untuk mencari tiket dan pulang ke kampung halaman. Sambung cuti. Yay! Ops, dengar-dengar ada satu lagi program yang memerlukan aku dan beberapa orang teman menjadi urusetia sekitar pertengahan bulan dua belas nanti. Kali ini di Melaka pula kalau jadi. Moga-moga menjadi, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kebosanan sepanjang cuti yang masih berbaki.

Advertisements

Maaf

Posted: November 19, 2008 in Kem, Tugas

Maaf ya buat teman-teman yang meninggalkan komen kerana tidak merespon komen kalian. Semuanya gara-gara kekangan masa, tambahan pula jadual minggu ini agak pada. Aku baru sahaja pulang dari berprogram di SMK Abdul Rahman Talib, Teluk Intan, Perak bagi melaksanakan Kursus Kepimpinan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan di sana. Programnya bermula 17 Noember lalu sehinggan hari ini (19 November) tetapi kami telah berkampung di sana sejak malam 15 November lalu. Esok malam pula (20 November) aku akan bertolak ke Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah bagi mengikuti Kolukium Pembimbing Rakan Sebaya peringkat kebangsaan sehingga 24 November ini. Urgh… Bantal sudah memanggil… Alahai…

Hari ini genaplah setahun usia TongkangBocor ini. Terima kasih buat semua kenalan yang sudi meluangkan masa berkongsi cerita di dalam ruang maya yang tak seberapa ini. Aku bersyukur kerana sehingga hari ini aku masih mempunyai kekuatan untuk terus mencoretkan segala luahan perasaan, idea mahupun pandangan di dalam blog ini. Mengimbas kembali saat-saat kelahirannya, blog ini diwujudkan ketika aku berada di dalam keadaan tekanan dan memerlukan tempat untuk meluahkan perasaan dan mencurahkan kemarahan. Atas cadangan seorang kenalan, aku membuat keputusan untuk mula menulis dan di sini aku seakan dapat merasakan ketenangan dan aku percaya bahawa penulisan adalah salah satu terapi untuk melegakan tekanan yang sukar untuk diluahkan menggunakan lisan.

1314978978_90e6a68389

Foto diambil dari Flickr

Kalau disoroti sejak dari awal penulisan, aku memasukkan pelbagai tema dan kisah di dalam ruang maya ini termasuk politik, isu semasa dan peribadi sebagai simbolik kerencaman dunia. Aku tidak mahu menjadikan blog ini sekadar menjadi tempat mencari simpati pembaca, atau tempat membicarakan politik secara melampau, atau tempat memaki hamun serta melakukan sindiran semata. Diharapkan apa yang aku coretkan dapat kita kongsi dan manfaatkan bersama.

Dari aspek gaya penulisan pula, aku lebih selesa menggunakan bahasa yang agak skema, tidak menggunakan singkatan dan hanya memasukkan bahasa Inggeris sekiranya perlu. Ini adalah sebagai tanda penghargaan aku terhadap bahasa Melayu. Kalau kita orang Melayu tidak menggunakan Bahasa Melayu, siapa lagi. Disamping itu aku turut menyelitkan sajak dan pantun samada yang dijana minda sendiri atau cuplikan idea-idea karyawan lain yang kadangkala dipersembahkan dalam bentuk gambar. Ini cara aku, ini blog aku.

Semoga kalian terus sudi berkongsi di dalam ruang yang ada ini dengan meninggalkan komen, cadangan mahupun makian untuk setiap entri yang diterbitkan. Tanpa sokongan kalian di manalah indahnya kewujudan TongkangBocor ini. Terima kasih banyak-banyak. Kalau ada yang terasa dalam mana-mana entri yang aku terbitkan, aku menyusun jari memohon maaf kerana apa yang aku lakukan semamangnya untuk membuat kau terasa. Bukan apa, sekadar menyuarakan isi hati dan kebetulan pula kau membaca. Maaf ya.

Aku mengalu-alukan sebarang komen dari kalian wahai pembaca budiman samada komen berbentuk positif atau negatif tetapi harus diingatkan di sini bahawa gunakanlah bahasa yang sopan hatta kalau mahu memaki sekalipun. Tuhan tak ajar kita supaya jadi kurang ajar. Terima kasih sekali lagi aku ucapkan.

Aku Dan Cuti

Posted: November 13, 2008 in Aku, Cuti

1911302087_c5777f3e2a

Gambar dari Flickr

Aku telah bercuti.

Dan aku masih bercuti.

Sehingga habis cuti.

Yay!

p/s : Nak buat apa ya masa cuti untuk kurangkan bosan? Ada sebarang cadangan?

Sikap Pemandu Di Malaysia

Posted: November 6, 2008 in Uncategorized

 

2412997688_209d8446c0

Kartun dari Flickr

Antara sikap pelik yang sinonim dengan pemandu-pemandu di Malaysia bumi bertuah ini yang sering dapat kita lihat adalah seperti berikut :

1. Akan kelam kabut untuk pakai seat belt bila nampak ada sekatan jalan raya atau nampak lampu merah lip lap lip lap di depan sambil kereta berbaris panjang walaupun lampu itu kadangkala hanyalah lampu JKR yang sedang membaiki jalan. Lepas sahaja sekatan polis, cabut semula seat belt tersebut. Apa kejadahnya…

2. Suka melihat kemalangan jalan raya. Sebab tu jalan akan sesak dilebuhraya berpuluh kilometer sedangkan kemalangan berlaku di lorong arah bertentangan. Ada pula yang ambil kesempatan salin nombor plat kenderaan yang kemalangan untuk ditikam nombor ekor. Kaedahnya tu…

3. Suka mengubah suai kereta terutama kereta buatan tempatan mengikut model-model luar negara. Kancil diubah untuk nampak seperti Mira, Waja diubah supaya nampak seperti Evo. Poooorahhhhh…

4. Yang muda-muda biasanya akan mainkan lagu kuat-kuat dan lengkapkan kereta dengan sistem audio yang canggih. Tapi speaker dipasang di dalam bonet kenderaan. Agaknya nak bagi orang luar dengar lagu la tu. Apa barang syeikh…

5. Suka gantung tasbih pada cermin pandang belakang tapi tak pernah guna untuk berzikir. Apa salahnya semasa kesesakan lalu lintas kau ambil tasbih dan berzikir, dapat juga pahala berbanding dosa yang akan kau dapat kalau memaki hamun tak tentu hala. Alahai…

6. Suka letak bantal kecil atau sekotak tisu atau bunga atau bantal dan tisu atau ketiga-tiganya sekali di belakang. Pelik betul aku tengok. Main dalam kereta??? Hahahaha…

Banyak lagi sebenarnya sikap pelik pemandu-pemandu di Malaysia kalau kita perhatikan? Apa yang kalian pernah lihat?

Terima Kasih Encik F

Posted: November 5, 2008 in Peribadi, Terima kasih

Terima kasih Encik F di atas bantuan yang diberikan. Aku sangat menghargainya. Sekurang-kurangnya ada juga tempat aku mengadu saat aku memerlukan bantuan. Terima kasih banyak-banyak. Segan pula rasanya. Iyalah, bila keluar sama Encik F belanja makan, ini mahu minta bantuan lain pula. Semua ini gara-gara sedang kesempitan. Apapun, Encik F memang baik.

Exam Oriented

Posted: November 4, 2008 in Mereng, Peperiksaan, Tekanan

Jujur aku kata, sistem pengajaran dan pembelajaran di universiti masih lagi bersifat exam oriented . Di akhir-akhir semester ini dapat dilihat pelajar-pelajar universiti bersengkang mata sehingga ada yang tidak tidur malam untuk membaca nota sambil menghafal fakta. Sampai bengkak biji mata. Alahai… Bagi aku pula, aku buat setakat yang aku mampu. Bila mengantuk baca nota, tidur saja, hahaha…

Koma.

Sejak kebelakangan ini (selepas cuti raya), aku dilanda satu penyakit yang aku gelar sebagai STA atau nama penuhnya Sindrom Tidur Awal. Aduh… Menjelang jam dua belas mata sudah begitu berat seolah digantung batu-bata. Sebelum ini aku mampu bertahan sehingga jam empat atau lima pagi dan pernah aku mencatat rekod peribadi tidak tidur selama hampir 36 jam tapi selepas itu aku tidur 15 jam, huhuhuhu… Alahai…

Koma.

Belajar di universiti yang masih mengamalkan pengajaran dan pembelajaran berbentuk exam oriented ini telah menyebabkan aku berjalan kaki ke dewan peperiksaan sambil bercakap seorang diri. Bukan berbisik ok, tapi aku baca kuat-kuat nota yang dipegang sambil berjalan. Dah macam orang otak mereng, hahaha… Alahai… Yang pasti, ada dua peperiksaan lagi perlu aku tempuhi. Doakan aku ya.