Arkib untuk Januari, 2009

Gagah

Posted: Januari 25, 2009 in Aku, Susah, Tugas

Aku. Seorang diri. Membeli barang-barang untuk satu kem hujung bulan ini. Lokasinya di Giant The Mines. Ini dia barang-barang yang aku beli dan bawa pulang dengan motosikal. Seorang diri.

1. Tepung gandum Bluekey – 2kg.

2. Gula pasir kasar Giant – 8kg.

3. Kopi cap Tupai – 1kg.

4. Minyak masak Giant – 5kg.

5. Pes Tom Yam Knorr – 500gm

6. Kordial sirap Saga – 5liter.

7. Kicap cap Kipas Udang – 450ml.

8. Rempah penumis – 100gm.

9. Marjerin Seri Pelangi – 1kg.

10. Serbuk teh Boh – 1kg.

11. Kiub pati ayam Knorr – 10pc (tak tau berat).

12. Garam halus Giant – 1kg.

13. Rempah sup Adabi – 500gm.

14. Sos cili Kasturi – 2.3kg.

Jumlah berat ±30kg, RM112.35.

Memang berat nak angkut semua barang-barang ni naik turun tangga di The Mines. Baru aku perasan yang aku ni gagah juga ya, hehehe… Bila sampai motor, satu lagi masalah. Mahu susun barang. Mujur aku sudah biasa. Satu plastik dalam bakul, tiga aku gantung pada handle motor, satu dalam box bawah seat, 2 botol minyak dan sirap aku kepit guna peha. Nyaris nak jatuh masa buat U-Turn dari The Mines ke Serdang bila bas Metro menghimpit. Tak prihatin langsung. Huh!

Sampai saja kolej, aku ke Pasar Borong Selangor. Dengan kereta. Kami beli :

1. Telur ayam gred C – 3 papan.

2. Bee Hoon – 6kg.

3. Sohoon – 1kg.

4. Fucuk – 500gm.

5. Kaya – 3.23kg.

6. Bawang putih – 1.5kg.

7. Bawang besar – 2.5kg.

8. Ikan bilis – 800gm.

9. Sardin cap Roda – 12tin.

10. Beras Saga – 40kg.

11. Maggi Kari – 12x5x82gm.

12. Telur masin – 1kotak (50 biji).

13. Biskut tawar – 1 tin besar.

Jumlah RM333.85.

Mujur ada Abang Man yang sudi membantu. Terima kasih ya. Walaupun aku rasa aku gagah hari ni dan boleh bekerja di lombong arang batu(hah!), tapi sekarang bahu mula sakit, hehehe… Adeh!

Thought of The Day

Posted: Januari 22, 2009 in Falsafah, Perkongsian

‘Enjoy the music while the song still playing’

Sebuah Harapan

Posted: Januari 22, 2009 in Harapan, Puisi

Aku ingin hidup seceria pelangi petang yang bisa menggamit pandangan mata setiap yang memandang, yang bisa menceriakan hari mendung walau hadirnya sekejap cuma. Namun aku khuatir kerana aku terasa diri ini kosong dan lompong tidak mampu menggapai apa yang aku ingini. Oh Tuhan ! Bantulah hambamu memenuhi harapan yang kudus ini…

2 Februari 2007, 12:43pm

(Telah aku masukkan di dalam laman puisi tongkangbocor lama dahulu. Sekadar ingin berkongsi semula.)

Pemilihan Sudah Selesai

Posted: Januari 20, 2009 in Harapan, Pemilihan

576601644_4624ecff50

Foto dari Flickr

Sekarang kau telah terpilih. Tanggungjawab yang bakal kau galas amat berat. Dan itulah yang akan kau usung di akhirat kelak. Berikanlah hak kepada mereka yang berhak. Yang sepatutnya telah lama mendapat hak itu. Terserah kepada kebijaksanaan engkau untuk menegakkan keadilan, memurnikan keadaan dan mengukuhkan ikatan. Hentikan penindasan. Diskrimasi perlu kau jauhkan. Sedarlah bahawa mereka mengandalkan segalanya kepada engkau untuk memperjuangkan perubahan. Aku sentiasa sedia membantu. Bila kau rasa perlu. Cuma ingat, kita tidak boleh memilih untuk tidak memilih.

ungka

Usah jadi seperti ungka yang terpekik dalam hutan. Lagak bunyinya macam pahlawan. Tapi bila terjatuh dari dahan, tiada yang memberikan bantuan. Tiada yang kasihan. Fikir-fikirkan.

Di manalah kemanisan sebuah kemenangan andai diraih dalam genggaman dengan penindasan dan penganiayaan terhadap lawan. Dayuskah kalian? Atau takut berdepan kenyataan? Bila hilangnya ketelusan, akan berleluasalah kemunafikan. Maka tunggulah isyarat dari Tuhan.

“Pertama, air mata dara yang tidak berdarah, tujuh tempayan banyaknya…”

“Kedua, pinang, bukannya kahwin kerana tidak tua, merah darahnya, tujuh tempayan banyaknya…”

“Ketiga, merangkak bebas di daratan, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya…”

“Keempat, terbang bebas di udara, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya…”

“Kelima, darah putih rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta…”

“Keenam, darah merah rakyat untuk menambat darah kuning raja dari takhta ke tapak…”

“Ketujuh, darah seguntang tetap mengalir, badan bersilih menanti, sebatil…”