Arkib untuk Februari, 2009

Jemu

Posted: Februari 27, 2009 in Aku, Bengang, Perasaan

stressAku juga punya hati dan perasaan yang perlu dibawa setiap masa selagi nafas dihela. Aku juga ada hidup sendiri yang mahu aku lalui. Kalau mahu aku membantu, jangan mendesak selalu. Kerana aku akan jemu. Dan aku akan membiarkan ia berlalu. Tanpa rasa bersalah kerana tidak membantu sebaliknya hanya diam membatu. Mungkin orang akan kata aku kepala batu. Ya. Aku seorang yang kepala batu. Dalam keadaan tertentu. Ingat tu.

footer

Advertisements

Fikiran Beku

Posted: Februari 25, 2009 in Kata hikmah, Pandangan

view2Kalau melihat sesuatu,

jangan dengan pandangan yang satu.

Takut-takut nanti fikiran jadi beku.

Jangan juga dengan pandangan beribu.

Takut-takut nanti fikiran jadi celaru.

Kelana Di Bumi Hang Tuah

Posted: Februari 24, 2009 in Jalan-jalan, Kem

p2210214Dua hari berada di Melaka terasa begitu singkat. Kursus yang dijalani tidaklah terlalu padat serta membosankan sebaliknya dijalankan dengan suasana santai dan menyeronokkan. Aku dan teman-teman begitu teruja dengan keindahan pantai dan suasana yang begitu tenang apabila mendengar deruan ombak ditambah pula dengan suasana kampung yang begitu mendamaikan. Tidak rugi rasanya menghabiskan masa hujung minggu. Disamping dapat menimba ilmu baru, dapat juga bersantai dan bergembira bermain rakit, berkayak dan bermandi-manda.

Selesai di Melaka, kursus siri dua akan diadakan di Cameron Highland pula sekitar bulan empat nanti dan siri terakhir akan diadakan di sekitar negeri Selangor pada bulan lima nanti. Seronok juga jadi peserta sekali sekala kerana sudah selalu benar menjadi urusetia dan fasilitator program.

p/s : Mungkin aku akan berkunjung ke sana lagi sekitar bulan enam nanti. Sudah berjanji dengan Adam untuk pergi bercuti. Kadar sewa chalet juga berpatutan serta pelbagai variasi bilik ditawarkan mengikut kehendak pelanggan. Layanan pengusaha juga begitu mesra dan memuaskan hati. Jika kalian berkunjung ke Kuala Sungai Baru, Melaka atau tercari-cari tempat untuk berprogram di Melaka, aku cadangkan kalian bermalam di KM Chalet yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk mengadakan pelbagai aktiviti.

Cuti-cuti Malaysia

Posted: Februari 20, 2009 in Uncategorized

pantaiKredit foto : Flickr

Hujung minggu ini aku akan ke Melaka untuk mengikuti satu kursus. Sabtu dan Ahad. Maka secara rasminya mengisytiharkan bahawa blog ini akan terbiar (macam lama je nak pergi, huhuhu..) untuk dua hari. Teman sebilik  si Budak Epal juga ada program di luar kampus. Bila diselak-selak takwim, nampaknya sehingga hujung bulan Mac ada sahaja program menanti pada setiap hujung minggu. Bila  agaknya dapat balik kampung. Rindu pada dia. Alahai…

p/s : Nak mandi laut, yay!

Korban Kepuasan

Posted: Februari 19, 2009 in Perasaan

Dalam mencari kepuasan, kita perlu berkorban. Aku sedia berkorban, dan rasanya telah banyak aku korbankan walaupun bukan itu yang aku mahukan. Demi nilai persahabatan, demi sebuah perhubungan,  demi harga kejayaan, demi sesuatu yang mungkin bagi orang lain tidak menuntut untuk  kita berkorban. Aku yakin setiap yang dilakukan pasti ada imbuhan. Tak kira kebaikan atau kejahatan yang dilakukan. Itu kan janji Tuhan.

Kita punya dua pilihan. Mengorbankan atau dikorbankan. Noktah.

Tangis Dalam Hati

Posted: Februari 17, 2009 in Aku, Perasaan, Peribadi

my-heart

Aku sering melihat orang menangis namun aku tak akan pernah untuk  membiarkan orang melihat aku menangis.

Egokah aku?

Kalau nak berbicara, biar ada susila. Kalau berbuat sesuatu, jaga gerak laku. Kalau mahu membantah, biar dengan hikmah. Kalau mencatur muslihat, jangan sampai terlihat. Kalau menerima budi, hargai sepenuh hati. Kalau mahu meminta, guna sebaik kata.

Akal yang ada perlu diguna sebaiknya. Kalau sudah terlanjur kata, tiada guna untuk disesali. Najis yang dilempar tak mungkin dibalas dengan mawar. Tak guna andai di depan kita orang sanjung tinggi, di belakang kita orang umpat keji.