BELASUNGKAWA : Prof. Madya Dr. Lily Mastura Harun

Posted: Februari 12, 2009 in Belasungkawa, Doa

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang tu. Jika baik amalan seseorang itu semasa hayatnya, maka roh akan keluar melalui mulut dengan tenang tetapi jika buruk amalan semasa hayatnya, maka roh itu akan disentap dan matilah seseorang itu dalam keadaan seksa yang teramat.

Pada tanggal 11 Febuari 2009, Fakulti Pengajian Pendidikan terutamanya Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarhamah Prof. Madya. Dr. Lily Mastura Binti Harun kembali menghadap Tuhan Yang Maha Esa kira-kira jam 7 malam selepas terlantar koma di Unit Rawatan Rapi Hospital Serdang . Sesunguhnya pemergian beliau amat terkesan di hati setiap warga FPP tertamanya anak-anak murid beliau. Namun takdir yang telah ditentukan tetap diterima dengan hati yang redha. Jasa yang telah beliau sumbangkan terlalu besar dan tidak mampu diucapkan dengan kata-kata. Ribuan anak didiknya telah menjadi insan yang berjaya hari ini dan aku merasa begitu bertuah kerana berkesempatan untuk menjadi salah seorang anak didiknya. Pemergiannya merupakan suatu kehilangan yang amat besar dan sukar dicari ganti terutamanya di dalam bidang kaunseling.

Aku bersyukur kerana berkesempatan memberi penghormatan terakhir dan menunaikan solat jenazah sebagai satu sumbangan terakhir yang mampu aku lakukan sebagai tanda ucapan terima kasih. Jenazah yang sempurna diuruskan di Masjid Ikhwaniah, Cheras Utama kira-kira jam 11 pagi kemudiannya disolatkan oleh ratusan jemaah yang terdiri daripada keluarga,kenalan dan anak didiknya. Seterusnya jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Batu 10 dalam suasana pilu dan sayu kira-kira jam 12 tengah hari.

Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Kepada kalian yang beragama Islam yang membaca entri ini, aku bermohon agar kalian dapat membacakan Surah al-Fatihah dan pahalanya disedekahkan kepada Allahyarhamah Dr. Lily Mastura Harun. Al-Fatihah.

Advertisements
Komen-komen
  1. Aeron berkata:

    Al Fatihah, setiap dari kita pasti akan pergi meninggalkan dunia, cuma waktunya tidak kita ketahui.
    tetapi sedarlah kita untuk sentiasa bersedia untuk meneruskan perjalanan di dunia yang lain.
    itulah untungnya pendidik, mendidik anak bangsa untukberjaya. tatkala kita pergi moga segala sumbangan kita dapat membantu tatkala kita di sana…

  2. Ramlan Hamzah berkata:

    Saya terharu membaca balasungkawa yang saudara nukilkan buat arwah isteri saya. Kehadiran saudara sewaktu solat jenazah dan sewaktu pengkebumian dan hadiah pahala al-fatihah yang saudara anjurkan menandakan saudara seorang insan yang mulia dan berjiwa besar. Saya bangga kerana Dr Lily mempunyai anak didik seperti saudara.
    Tahniah dan terima kasih.

    Ramlan Hamzah.

    En. Ramlan : Saya sekadar menjalankan tanggungjawab terakhir yang mampu dilakukan untuk arwah sbg mengenang jasa beliau mendidik dan mengajar kami anak-anak didiknya…

  3. mas nordin mansor berkata:

    Berderau darah saya melihatkan tajuknya, …arwah kak lily adalah kakak angkat saya semasa menuntut di WMU, Kalamazoo, USA. Saya telah mengenali keluarga arwah pada waktu itu yang cuma ada 2 orang anak perempuan yg saya pun sudah lupa namanya bersama dgn adik perempuan yg saya ingat namanya cuma alang. Arwah begitu mengambil berat terhadap saya, anak muda yg baru nak mengenal hidup selepas SPM merantau ke negara orang.
    Baru teringat cuba2 untuk mencari di mana arwah melaui search di internet, rupa2nya telah kemabali ke rahmatullah. Didoakan allahyarhamah di golongkan di kalangan hamba Allah yg diredhai…aamiinnn…
    Al-Fatihah…

    mas : al-fatihah..smga roh beliau dicucuri rahmat ats sgla jasa baik selama hidup diatas muka dunia ini…

  4. saya sangat sedih ke atas pemergian beliau. semoga Tuhan mencucuri rahman ke atas arwah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s