Kelana Di Bumi Hang Tuah

Posted: Februari 24, 2009 in Jalan-jalan, Kem

p2210214Dua hari berada di Melaka terasa begitu singkat. Kursus yang dijalani tidaklah terlalu padat serta membosankan sebaliknya dijalankan dengan suasana santai dan menyeronokkan. Aku dan teman-teman begitu teruja dengan keindahan pantai dan suasana yang begitu tenang apabila mendengar deruan ombak ditambah pula dengan suasana kampung yang begitu mendamaikan. Tidak rugi rasanya menghabiskan masa hujung minggu. Disamping dapat menimba ilmu baru, dapat juga bersantai dan bergembira bermain rakit, berkayak dan bermandi-manda.

Selesai di Melaka, kursus siri dua akan diadakan di Cameron Highland pula sekitar bulan empat nanti dan siri terakhir akan diadakan di sekitar negeri Selangor pada bulan lima nanti. Seronok juga jadi peserta sekali sekala kerana sudah selalu benar menjadi urusetia dan fasilitator program.

p/s : Mungkin aku akan berkunjung ke sana lagi sekitar bulan enam nanti. Sudah berjanji dengan Adam untuk pergi bercuti. Kadar sewa chalet juga berpatutan serta pelbagai variasi bilik ditawarkan mengikut kehendak pelanggan. Layanan pengusaha juga begitu mesra dan memuaskan hati. Jika kalian berkunjung ke Kuala Sungai Baru, Melaka atau tercari-cari tempat untuk berprogram di Melaka, aku cadangkan kalian bermalam di KM Chalet yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk mengadakan pelbagai aktiviti.

Komen-komen
  1. En Kid berkata:

    TB…
    apa khabar?..lama tiada khabar..
    semakin sibuk dengan tugasan harian kamu?..

    seronok kan dapat berjalan ditambah dengan pengisian ilmu..seronok!🙂

    aku kini kurang peluang-peluang itu..paling mungkin, akan hadir kursus untuk usahawan siswazah..
    insya Allah..

    En.Kid : nampaknya minat kita sama…aku pun harap2 dpt bukak bisnes satu hai nanti, hehehe…

  2. rudy berkata:

    tolonggglaahh jgn mandi di kwsn pntai melaka esp di kuala sg baru…

  3. nor berkata:

    knape plak xleh mndi kat pntai mlake.,?

    nor : boleh mandi tp kene pndi cari tmpt sbb ada sstgh pantai skrg dh kotor…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s