Arkib untuk Mac, 2009

Helang

Posted: Mac 31, 2009 in Sinikal

bald-eagle1

Aku lihat dua helang sedang berebut mahu hinggap puncak tualang.

Aku lihat penuh minat.

footer

Advertisements

Jejak Kasihan

Posted: Mac 30, 2009 in Aku, Bengang, UPM

sony-ericsson-k550i-white

Dalam kenangan, huhuhu…

Sekarang aku tengah gigih mengumpul semula nombor-nombor telefon kenalan yang telah lesap bersama Sony Ericsson K550i aku kelmarin. Berjumpa dengan kawan yang berdekatan, menghantar mesej dan buletin di friendster serta minta daripada mana-mana yang tahu. Sekarang melalui blog ini. Alahai maling, kau memang menyusahkan hidup aku. Kalau aku dapat engkau, aku patahkan kad sim engkau depan mata engkau. Aku campakkan telefon bimbit engkau sejauh yang boleh. Aku tak mahu kau bayar dengan wang ringgit tapi aku mahu kau rasa susah seperti yang aku rasa. Muahahahaha…(ketawa jahat)…

p/s : Kalau ada antara kalian yang mengenali aku, aku mohon untuk menghantar e-mail atau mesej di friendster supaya kita dapat terus berhubungan. Terima kasih.

footer

Apa Dah Jadi?

Posted: Mac 29, 2009 in Pandangan, Semasa

Puteri pecut dilarang berlari kerana pakaian ketat

PULAU PINANG: Seorang ahli perniagaan terkejut dengan tindakan sebuah sekolah menengah di Gelugor di sini yang melarang anak perempuannya menyertai acara sukan kerana memakai seluar getah ketat dan t-shirt. Mohamad Asrul Rashid Mohd Ikbal, 36, berkata anaknya, Baizura, 13, tidak dibenarkan menyertai acara larian dalam olahraga Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Mohd Nor Ahmad kerana tidak memakai pakaian sukan seperti yang diarahkan. Mohamad Asrul berkata, anaknya menyatakan guru sukan di sekolah itu telah memintanya dan dua lagi rakannya memakai t-shirt, seluar trek dan tudung jika ingin terus menyertai acara tersebut. Baizura pernah terpilih sebagai olahragawati sekolah selama tiga tahun berturut-turut semasa belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor. “Dia juga pernah dianugerahkan puteri pecut sekolah itu,” kata Mohd Asrul. Beliau berkata, dalam perbincangan dengan pihak sekolah hari ini, guru sukan dan pengetua sekolah saling menuding jari dan tidak mengaku mengeluarkan arahan berkenaan. “Yang menjadi kemarahan pihak kami, guru sukan kata arahan itu dikeluarkan oleh pengetua, pengetua pula kata tiada sebarang arahan dikeluarkan,” katanya. Mohamad Asrul berkata, seorang pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) turut hadir dalam perbincangan itu dan beliau yang enggan namanya dinyatakan, berjanji akan menyiasat. Pengarah JPN, Ibrahim Mohamad, ketika dihubungi berkata beliau tidak dapat mengulas mengenai perkara itu yang kini dalam siasatan. – Bernama

Apa nak jadi sebenarnya dengan dunia pendidikan sekarang. Serba salah rasanya aku bila memikirkan bagaimana nanti situasinya bila aku terjun ke dalam bidang ini (insyaAllah), dalam masa lebih kurang dua tahun lagi. Mahu suruh murid berpakaian senonoh pun sudah kena sound dengan ibu bapa. Kalau beginilah, bagi aku, jangan salahkan pihak sekolah sekiranya anak-anak anda terutamanya yang perempuan termengandung kerana tersengaja dirogol di sekolah. Jangan nanti bila dah terhantuk baru terngadah.

footer

Jurus Tangan dan Kaki

Posted: Mac 27, 2009 in Bengang

Kalian rasa patut tak aku sediakan beberapa hikmat untuk mengajar si maling supaya tidak menyusahkan hidup orang lagi? Aku ada beberapa cadangan untuk tujuan itu iaitu :

1. Hikmat Penampar Gagak Bersiung jurus ke sebelas.

2. Hikmat Tendangan Gajah Terbang jurus ke tujuh.

3. Hikmat Tempeleng Tenggiling Teleng jurus ke lapan belas.

4. Hikmat Sepakan Kuda Gila jurus ke tiga.

p/s : Budak Epal ada Hikmat Penerajang Tujuh Petala Langit Tujuh Petala Bumi serta Penyepak Gagak Menyembah Bumi Tak Mendongak ke Langit Lagi, hahaha… Aku syak maling tersebut paling tak pun akan bercuti kat ICU kalau kami dapat tangkap… Ketawa sekali lagi, muahahahahahahahaha….

footer

Malang Si Maling

Posted: Mac 26, 2009 in Bengang, Perasaan

Dia ingat aku hanya akan berdiam diri bila bilik aku yang indah diceroboh sehingga menyebabkan aku kehilangan dompet dan telefon bimbit Sony Ericsson K500i yang banyak contact number manakala roomate pula kehilangan kamera digital Olympus (jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM1150). Langkah seterusnya : Minta Bahagian Keselamatan bekerjasama dengan CIMB Bank untuk memeriksa rakaman CCTV mesin ATM kerana aku diberitahu orang itu telah cuba membuat pengeluaran tunai dengan menggunakan kad ATM aku. Siap la dia.

p/s : Bukan mahu membalas dendam tetapi mahu memberi pengajaran kerana telah terlalu kerap kejadian kecurian belaku di kolej kediaman.

footer

Ujian

Posted: Mac 25, 2009 in Aku, Bengang, Doa

Entah siapa yang punya angkara. Telefon bimbit dan dompet aku hilang tanpa diduga. Tiada manfaatnya mahu menyimpan barangan tersebut kerana nilainya tidaklah seberapa. Tetapi aku amat memerlukan telefon bimbit tersebut kerana banyak nombor-nombor penting di dalam senarai hubungan. Di dalam dompet tersebut pula tiada wang walau satu sen pun namun terdapat banyak kad-kad yang penting seperti kad pengenalan, lesen memandu dan kad ATM CIMB yang hanya tinggal RM70 had pengeluarannya dan ATM BSN yang sudah sampai had pengeluarannya.

Moga-moga dibukakan hatinya untuk memulangkan barangan tersebut kepada aku. Ya Allah, Kau titipkanlah di hati mereka-mereka yang terlibat itu sedikit rasa simpati kepada aku. Sampai hati mereka.

p/s : Duit di poket hanya ada RM4. Mahu keluarkan duit yang sedikit dari bank tidak boleh kerana tiada kad ATM. Tiada apa yang boleh aku lakukan buat masa ini.

footer

Rasa

Posted: Mac 24, 2009 in Aku, Perasaan, Peribadi

Aku tidak mahu tetapi ia terus membelenggu. Datang tak kira masa, perginya tiba-tiba. Aku keliru.

footer