Hembusan Tuhan

Posted: Mac 3, 2009 in Aku, Harapan, Perasaan, Peribadi

Benarlah kata orang, sejauh mana kita lari dari Tuhan, Dia tidak pernah melupakan kita. Bila saja kita tersasar, ditiupkan-Nya bayu kesedaran agar kita sedar. Walau sesat beribu batu, pasti jalan-Nya akan kita ketemu andai kembali pada yang satu. Dan bila saja bayu keinsafan itu mengelus lubuk hati ini, pasti ia akan meruntun jiwa untuk kembali mencari yang hakiki. Semakin kita menjauhi-Nya, semakin dekat pula Dia menghampiri kita tetapi semakin dekat Dia dengan kita, maka semakin banyak ujian dan cabaran untuk menilai sebuah keimanan.

Ya Allah, betapa hinanya hamba-Mu ini. Mencari-Mu di kala kesusahan tetapi melupakan-Mu di kala diulit kegembiraan. Tapi, tak pernah Kau melupakan aku. Aku mohon wahai Tuhan yang menakluk seluruh sarwajagat, yang berhak menghina dan memuliakan manusia serta berkuasa ke atas segalanya. Kau titipkanlah aku sedikt kecintaan kepada-Mu agar aku tetap teguh bersetia di atas jalan-Mu. Kau bantulah aku menghadapi segala hasutan dan mehnah dunia. Aku tahu bahawa Kau tidak akan pernah menguji seseorang tanpa melihat kemampuannya tetapi aku juga bermohon agar Kau tidak menguji aku dengan uji yang tidak sanggup aku hadapinya.

Terimalah aku sebagai hamba-Mu. Redhakanlah Islam sebagai agamaku. Serta Muhammad S.A.W  itu sebagai nabi dan rasul ikutanku.

footer

Komen-komen
  1. khalifah berkata:

    salam maal hijrah
    moga sihat n ceria. amin3x

    Moga sentiasa dalam pemeliharaanNYA

    peh.. makin byk dpt trafik d blog ni ye..
    nice….

    dr.khalifah
    MENCARI KERAHMATANNYA

  2. SHIMI berkata:

    Moga Allah sentiasa memberi peluang dan hidayah kepada aku juga bila diri tersasar. Juga pada kamu

    Salam bro. bagus penulisan

    shimi : terima kasih bro sudi melawat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s