Arkib untuk April, 2009

Balik Kampung

Posted: April 30, 2009 in Cuti, Segamat, Sudirman, UPM

Perjalanan jauh tak ku rasa,

Kerna hatiku melonjak sama,

Ingin berjumpa sanak saudara,

Yang selalu bermain dimata..

Wo ho ho balik kampung….

Wo ho ho balik kampung…

Wo ho ho balik kampung…

Hati riang…

segamat_map1

SEGAMAT destinasiku. Yabbedabbeduuuu….

Aku nak balik kampung. Bercuti panjang. Yay! Selamat bercuti semua. Tapi aku akan curi-curi masa untuk masukkan entri baru supaya blog ini tak bersawang. Selamat bercuti semua…

footer

Selesai

Posted: April 27, 2009 in Akhir, Aku, Harapan, UPM

380313730_1d3a19dad1

Kredit Foto : Flickr

Satu lagi semester pengajian telah aku tamatkan. Syukur, dan ini menandakan bermula semester depan aku akan bergelar pelajar tahun akhir. Alahai, cepatnya masa berlalu. Rasa macam dah tua sangat pula, hahaha… Doakan aku supaya dapat harungi dua lagi semester dengan jayanya. Tapi kalau panjang umur, tiada aral melintang, aku akan bergraduat semasa umur masih dua puluh dua tahun. Yay! (Sebab Ogos 2010 umur aku lagi empat bulan baru cukup 23 tahun. Muda lagi kan? Hahahaha…) Oh ya. Cuti semester kali ini agak panjang sebab tak banyak program perlu aku ikut. Tahun-tahun akhir ini baru merasa cuti-sem-dua-bulan, hehehe…

footer

Tag Dari Cik Mirhans

Posted: April 24, 2009 in Aku, Blog, Tag

Dah lama rupanya Cik Mirhans tag aku, baru hari ni aku terbaca, hahaha… Maaf ya. Kebetulan aku lapang ketika ini, jadi aku jawab tag cik adik tu, hahaha…

1. Apakah benda (or something?) yang paalingggg penting dalam hidup kamu?

Kehidupan aku sendiri. Kalau tak macam mana nak mementingkan orang/benda lain, kan kan kan…

2. Apakah benda akhir yang kamu beli dengan duit sendiri?

Dompet kot… Tu pun sebab dompet lama yang agak baru dibeli kena curi, huhuhu…

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?

Rumah la… Depan rumah aku ada padang awam, boleh pasang khemah banyak-banyak dan jemput semua orang yang aku kenal, hahaha… Tak timbul masalah kawasan sempit, hehehe… Motif???

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?

Semoga setiap perhubungan yang terbina berkekalan sehingga hujung nyawa, amin…

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?

Tak rasanya. Harap-harap tak lama lagi akan… hahaha…Oh, apekah???

6. Di mana restoran akhir kamu makan malam?

Anjung Pengkalan, Segamat bulan lepas. Lain-lain makan kat warung je, hahaha…

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?

Buku motivasi Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah. Masih belum habis baca, huhuhu…

8. Nama penuh anda?

Muhammad Zuhairi Zolkiplee… Tak silap aku makcik aku yang beri nama ni… Kalau tak silap maksudnya Yang Berseri, Kesayanganku, hehehe… Anak manja kot aku ni, hahaha…

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau emak?

Dua-dua ok tapi biasanya kalau apa-apa aku akan pergi pada emak dahulu…

10. Namakan seorang yang kamu ingin jumpa dalam hidup kamu?

Tuan Guru Nik Aziz. Bukan sebab politik tapi sebab kagum dengan Tok Guru… Uhh! Sejuk perut kalau mak aku tau, hahaha…

11. Sebutkan nama 8 sahabat yang rapat dengan kamu?

Anas, Syamsul, Mahran, Sue, Dell, Fitri, Fazil (bukan Penglipurlara, ok, hahaha..), Fiza Sarawak.

12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri?

Tak, mesin basuh RM2 yang tolong cuci, hehehe…

13. Tempat yang paling seronok yang kamu ingin pergi?

Sydney, Australia. Demand siot, hahaha…

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu..

Student USIM, tengah praktikal, seorang gadis, tuan punya Parasit Blog, berusia 23 tahun…

15. 8 perkara yang saya gilai..

Dunkin donut, blogging, nescafe, slurpee 7E, coklat, nasi ayam, lai chee kang, air jambu batu.

16. Pelukan atau ciuman?

Nak dua-dua boleh? Bercium sambil berpelukan, hahaha… Over la pulak… Boink!?

17. 8 buah buku yang paling baru di baca?

Ada Bagus Baguss (Buku Dr. HM Tuah Iskandar), How To Win Any Argument, Menggapai Bintang (Kisah Dr. Sheikh Muszaphar), Barack Hussein Obama : Presiden Amerika Yang Pertama Berkulit Hitam, Pendidikan Moral : Teori Etika dan Amalan Moral, Kaunseling Individu : Apa dan Bagaimana, Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling, Modul PJJ Makmal Kaunseling Individu II, buku lima, buku lali, buku tulis, buku nota, penanda buku, bla bla bla…

18. Lagu yang kamu boleh dengar berulang kali?

Aizat – Hanya Kau Yang Mampu, Aizat – Lagu Kita, Anuar Zain – Teman Terulung, Jason Myraz – Im Yours, Faizal Tahir – Bencinta, M Nasir ft. Malique – Mentera Beradu, Lagu-lagu kumpulan Jumpa Pakcik Hussain, Lagu-lagu kumpulan Hujan, Lagu-lagu kumpulan Ungu,Nidji – Laskar Pelangi, lagu-lagu lain yang tak menyemakkan kepala hotak aku, hehehe…

19. TAG org lain

Malaslah… Oppssss, kejap… Nak tag :

Tenzokami (salah sorang tolong jawab, hehehe…)

Fazil

Lurunna

Budak Epal

Jawab, jangan tak jawab ye…

Amaran : Entri di atas mengandungi bahasa pasar yang tak skema, hahaha…

footer

Jari Senget

Posted: April 22, 2009 in Adam, Dia

dsc00002-1

Sudah rutin untuk aku menghubungi dia, paling tidak pun seminggu sekali untuk bertanya khabar. Semua seperti biasa. Dia kata sihat-sihat saja. Tapi kemudian dia memberitahu. “Adam eksiden aritu terlanggar motor orang. Bukan salah Adam sebab orang tu tiba-tiba keluar dari simpang”. Terdiam aku seketika. Mujur dia memberitahu bahawa cedera yang dialami tidak teruk.  Cuma kaki luka sedikit kerana tersepit pada pemijak motor.  Sudah pergi ke klinik untuk cuci luka tersebut. Lega sedikit aku mendengarnya. Tapi yang mencuit hati bila dia kata, “Jari Adam terseliuh agaknya. Sakitlah. Adam tengok jari macam senget sikit”. Perkataan jari senget tu yang membuatkan aku tergelak mendengarnya, hahaha… Tak dapat bayangkan macam mana jari dia yang senget. Alahai adik aku seorang ni… Apapun, aku doakan semoga dia cepat sembuh.

p/s : Teringat semasa jari dia terkena yang macam ketuat (tapi timbul satu saja pada hujung jari telunjuk kiri dan rasanya kasar). Teruk aku kerjakan sampai berdarah-darah nak buang benda tu guna sepit kuku. Itupun dia yang mintak tolong sebab selagi akarnya belum dibuang, selagi itu benda tersebut akan timbul semula, hehehe…

footer

Thought of The Day #2

Posted: April 21, 2009 in Falsafah, Pandangan

aristotle

“A man become virtous by peforming virtous acts, he becomes kind by doing kind acts and he becomes brave by doing brave acts”

-Aristotle-

p/s : Aku sedang menelaah nota untuk peperiksaan akhir EDU3079 Kaedah Mengajar Pendidikan Moral dan tiba-tiba tertarik dengan kata-kata di atas untuk dikongsikan bersama kalian. Ok, sambung baca nota. Plops!

footer

Cerita Masa Kecil

Posted: April 20, 2009 in Aku
4-taunIni aku semasa berumur 3 atau 4 tahun. Comel tak??? Hahaha…

Dulu masa kecil aku agak nakal dalam cara aku sendiri, hehehe… Walaupun tak sampai mahu bergaduh setiap hari, atau merayau ke sana ke sini tetapi dalam satu perkara aku amat malas untuk lakukan. Belajar. Aku cukup malas untuk belajar tak kira samada di sekolah rendah, sekolah agama hatta belajar mengaji. Maklumlah, budak-budak belum cukup akal, hahaha… Masa sekolah rendah, aku ada satu trick kalau mahu balik awal. Aku akan bersungguh-sungguh berlakon sakit perut sampai menangis-nangis depan cikgu. Kebetulan aku antara pelajar yang sering mendapat perhatian cikgu maklumlah, pelajar harapan sekolah, hahaha…, jadi cikgu akan hantar aku balik rumah naik kereta. Biasanya ustaz aku yang baik tu la jadi mangsa. Sampai saja di rumah, tiba-tiba aku sihat, hihihi… Tak senonoh betul perangai aku masa sekolah rendah dulu. Sudah la kuat temberang cikgu, tak boleh diusik sikitpun oleh kawan-kawan. Mulalah menangis untuk mendapat perhatian cikgu. Anak manja cikgu-cikgu la katakan, hahaha… Tapi bab menyakat budak perempuan, fuhh… Tak payah la aku cerita, segan la, hahaha… Aku ni pemalu orangnya, cewah…

Mujur pula kedudukan dalam kelas setiap kali peperiksaan penggal tidak pernah mengecewakan sebab aku terang hati gamaknya, hahaha… . Hanya semasa peperiksaan penggal pertama darjah satu aku mendapat nombor tiga belas. Teruk dikutuk emak aku. Malu siot!!! Hahaha… Kemudian sehingga darjah enam, kedudukan tiga teratas pasti dalam genggaman dan kebiasaannya nombor dua sebab susah betul mahu kalahkan kawan baik aku masa tu. Asyik dia saja nombor satu dari darjah satu sampai darjah enam. Seingat aku cuma sekali aku dapat kalahkan dia, semasa darjah dua. Alahai…

p/s : Bersambung dalam entri seterusnya sebab aku nak selesaikan ulangkaji. Entri ini ditulis sebagai selingan semasa merehatkan otak daripada perkara pening-pening.

p/s/s : Dua puluh jam lagi countdown untuk menduduki peperiksaan kertas kelima. Fuh!!! Mudah-mudahan semua dipermudahkan. Doakan ya.

footer

th_oops-happy-belated-birthday

Selamat hari lahir untuk dia walau hampir sepurnama telah berlalu. Maaf kerana terlupa dek kesibukan menjalani rutin harian menghadiri kuliah dan menyiapkan tugasan yang begitu menyesakkan fikiran sepanjang semester ini. Jujur aku katakan di sini. Aku betul-betul terlupa. Maaf sekali lagi. Selamat hari lahir, semoga panjang umur dengan umur yang diberkati, dimurahkan rezeki dengan rezeki yang halal, beroleh kejayaan dalam setiap usaha dalam kehidupan, dipermudahkan dalam segala urusan dunia dan akhirat dan semoga senantiasa bahagia bersama insan tersayang. Juga selamat menggenggam jaya dalam peperiksaan akhir yang sedang diduduki. Maaf sekali lagi kerana terlewat mengucap selamat. InsyaAllah ada sedikit tanda mata akan menyusul sedikit masa lagi.

p/s : Senyum la sikit, hahaha…

footer