Arkib untuk Mei, 2009

Mesra

Posted: Mei 29, 2009 in Pandangan, Perasaan

Kemesraan yang terjalin usah dibiar layu kerana ia umpama sekuntum bunga yang mekar wangi. Jika dibiarkan tanpa dijaga, maka akan kering dan berguguran kelopak-kelopaknya walau ditiup sedikit angin cuma. Kenapa bunga sedangkan walau dijaga sebaik mana sekalipun ia pasti akan layu suatu hari nanti? Jawapannya kerana tiada suatu benda di dalam dunia ini yang kekal selamanya. Samada si penjaga atau bunga itu, salah satunya pasti akan mendahului yang lain. Fahamilah dengan sepenuh hati.

footer

Advertisements

Hal Ehwal

Posted: Mei 22, 2009 in Blog, Cuti

Bersawang nampaknya blog aku untuk beberapa ketika ini. Maaflah ya, bukan tak mahu menulis entri baru tetapi kekangan masa sentiasa mencuba sedaya upaya untuk menghalang aku daripada mengunjungi kafe siber terdekat, hahaha…

Untuk semua kenalan, sebenarnya sepanjang cuti ini aku membantu pak cik aku di kedai menjual alat timbangnya. Biasalah, bila dia nampak saja muka aku bercuti panjang, maka pasti aku disuruhnya membantunya berniaga. Alahai, mana taknya minat berniaga aku semakin tinggi, hehehe…

Dalam sibuk-sibuk, roomate kesayangan si Budak Epal minta tolong untuk design banner untuk programnya nanti. Cuti sudah lama, otak pun jadi beku, idea terus malu-malu untuk datang pada aku. Jadi aku akan balik ke Universiti Permai Makmur esok hari untuk berbincang dengan Budak Epal mengenai reka bentuk yang dikehendakinya. Moga-moga dapat menyelesaikannya secepat mungkin. Yang jadi mangsa untuk menemankan aku? Siapa lagi kalau bukan Adam, hahaha…

footer

Kesopanan dan Kesusilaan

Posted: Mei 16, 2009 in Bengang

Benarlah kata orang bahawa hari ini ada segelintir daripada orang-orang ca ya nun alif semakin kurang ajar. Mungkinkah kerana bangsa kita yang terlalu berlembut atau kerana mereka yang sudah terlalu kurang ajar? Sama-sama kita renungkan. Aku tulis ini kerana aku sendiri telah mengalaminya. Sakitnya hati Tuhan saja yang tahu. Kata Laksamana Hang Tuah, ” Takkan Melayu hilang di dunia “. Memang Melayu takkan hilang di dunia tetapi aku takut Melayu layu di bumi sendiri.

 

p/s : Bukan niat menimbulkan apa-apa sentimen negatif tetapi sekadar meluahkan apa yang di rasa. Tepuk dada tanya selera, tepuk dahi tanyalah akal.

footer

Kadang-kadang

Posted: Mei 10, 2009 in Aku, Bengang, Perasaan

Orang selalu kata hidup ini indah. Entahlah. Bagi aku hidup ini kadang-kadang menyusahkan. Perlu memenuhi tuntutan itu ini. Sesak dada, serabut kepala dan sakit jiwa dibuatnya. Susah sekali untuk mencari di mana indahnya hidup itu. Kadang-kadang juga aku tertanya-tanya kepada diri sendiri. Mungkinkah ini takdir untuk aku? Ya. Dalam beberapa keadaan aku terpaksa berpura-pura gembira walaupun hati ini tidak.

footer

Cuti-cuti Malaysia

Posted: Mei 5, 2009 in Adik, Aku, Cuti

Gembira melihat dia gembira. Semuanya akan kembali seperti biasa. Mudah-mudahan. Beberapa puluh hari sepanjang bercuti akan mudah berjumpa dia. Moga ada sedikit kebaikan yang dapat aku lakukan Untuk menggembirakannya. Untuk membimbingnya. Moga-moga. Doakan aku.

footer