Arkib untuk Jun, 2009

Pemberian

Posted: Jun 18, 2009 in Aku, Terima kasih

I

15 Jun 2009, kira-kira jam 8.00 malam. Tiba-tiba ayah mengajak aku untuk mengikutnya ke bandar. Aku hanya mengiakan saja. Sampai di bandar, tempat pertama dituju ialah dinding yang boleh mengeluarkan wang (mesin ATM la, haha…). Kemudian ayah membawa aku ke sebuah kedai telekomunikasi. Rupa-rupanya dia mahu belikan aku telefon bimbit baru, hehe… Pilih punya pilih, akhirnya Sony Ericsson G705 memikat hati. Harganya tidak terlalu mahal tetapi boleh dikatakan lengkap dengan pelbagai aplikasi seperti kamera 3.2 megapixel, sambungan Wi-Fi, GPRS dan macam-macam lagi. Terima kasih ayah.

G705

Sony Ericsson G705

II

17 Jun 2009,kira-kira jam 11.00 pagi. Sedang aku berkemas-kemas di kedai, datang pula kiriman pos laju dari seseorang. Rupanya dari dia yang baru pulang dari bercuti ke seberang laut. Comel sekali hadiah kamu. Aku amat menghargainya. Gambar tidak dapat dimasukkan atas sebab-sebab keselamatan, hahaha… Terima kasih ya… Rindu sama kamu…

pooh

Sekadar gambar hiasan, haha…

p/s : Aku amat menghargai setiap pemberian yang aku terima walau daripada sesiapa pun terutamanya daripada insan yang istimewa dalam hidup aku. =)


footer

Advertisements

2607523532_58e149fbf6Kredit foto : Flickr

Kadang-kadang kita tidak pernah menyedari bahawa kita sedang menikmati sesuatu keindahan, keseronokan dan kebahagiaan sehinggalah ianya pergi meninggalkan kita. Ironinya kita membiarkan saja ia berlalu begitu sahaja dalam leka dan sebaik sahaja ia pergi jauh meninggalkan kita, barulah kita sedar kehilangannya. Aku? Aku akan cuba mencari dan menikmati keindahan yang sedang aku miliki walaupun aku sering tertanya-tanya adakah ianya benar-benar telah aku miliki atau bila-bila masa sahaja ia boleh pergi begitu sahaja. The past is gone and the future is not yet coming. The most important is what we have now. Moga-moga dapat aku kongsikan setiap masa gembira dengan insan yang sudi. Dengan sepenuh hati.

footer

Terima kasih Tuhan. Empat semester aku mencuba. Akhirnya ia kembali di tahun-tahun akhir pengajian. Terima kasih juga kawan-kawan yang memberi tunjuk ajar. Paling utama kepada para pensyarah yang telah begitu banyak mencurah segala ilmu. Terima kasih semua. Moga aku tidak lalai seperti dahulu. Kepada dia yang jauh di mata, aku ingin kongsikan berita ini. Dan tahu tak? Aku rindu kamu…

p/s : Ini juga aku kira sebagai hadiah yang termampu aku berikan buat ayahanda yang menyambut ulangtahun kelahiran ke-55 hari ini. Terima kasih ayah.

footer

Kurang Sihat

Posted: Jun 4, 2009 in Aku, Cuti, Pandangan

Bila kita suka sesuatu, pasti kita tak akan puas selagi belum mendapatkannya. Sejak dilahirkan lagi, itulah fitrah kita. Tapi kadang-kadang begitu susah sekali untuk kita mendapatkan apa yang kita mahu itu. Kadang-kadang juga ia sudah di depan mata namun masih tak dapat dimiliki. Tapi bagi aku, aku yakin dan percaya suatu hari nanti aku akan dapat apa yang aku mahu atau sekurang-kurangnya hampir sama dengan apa yang aku mahu. Asalkan ada usaha. Agak susah untuk aku mengatakan tidak selagi masih ada penyelesaian yang mampu aku fikirkan. Tidak hanya akan muncul bila benar-benar telah menemui titik noktah dan tiada alasan lagi untuk mengatakan boleh. Itu aku. Dalam apa -apa juga yang aku lakukan.

p/s : Aku rasa kurang sihat hari ini. Pagi-pagi bangun tidur bila terbatuk aku nampak ada sedikit cecair merah keluar bersama air liur, huhu… Badan rasa lesu sedikit serta mood yang agak melankolik. Mungkin kerana panas badan disebabkan kurang minum air. Semoga esok elok semula. Tak mahu aku manjakan sangat badan ini.

footer