Arkib untuk Julai, 2009

Dua hari kerja-kerja harian tertangguh kerana demam. Batuk, selesema, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak. Aku yang tidak tahu bersyukur ini hanya tahu mengeluh. Maafkan aku Tuhan. Aku yang masih punya terlalu banyak permintaan ini untuk menunggu Kau kabulkan masih tidak malu-malu memohon itu ini. Tanpa disedari telah banyak permintaan yang telah Kau kabulkan dan ada juga yang tidak aku minta telah Kau berikan. Bila diuji dengan sedikit kesusahan saja, aku sudah mengeluh. Hurmmm…

Bangun pagi-pagi tadi, aku cuba tersenyum dan mengutip sisa-sisa semangat yang bertaburan merata-rata semenjak tiga empat hari lepas. Si dia masih mahu memberi semangat dan itu juga menjadi sumber untuk aku bangkit hari ini dengan ceria (walaupun pening masih terasa dan pahitnya tekak seperti mengunyah peria). Gosok gigi, kemudian mencuci kain baju dengan mesin basuh RM2.00. Sementara menunggu mesin siap melaksanakan tugasnya, aku bancuh secawan nescafe dan diminum bersama dua keping roti disapu kaya. Lega rasanya bila sebahagian kerja-kerja telah disiapkan.

Semoga hari ini dapat aku lalui dengan baik. Tanpa rasa malu aku masih bermohon kepada Tuhan agar kesihatan semakin pulih agar dapat aku langsaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar, seorang anak dan seorang hamba yang telah tertangguh selama dua hari ini. Terima kasih Tuhan kerana masih memberikan aku yang tidak tahu bersyukur ini sedikit ruang untuk menghirup udara dan menikmati dunia sehingga saat ini.

Oh ya! Aku perlu bersiap-siap untuk menghadiri kuliah. Semalam telah bercuti satu hari.

footer

Advertisements

star

Air mata. Hati terluka. Jiwa terseksa. Ah! Penat bila melayan perasaan. Biarkan mood melankolik itu berlalu sebaik aku membuka mata esok pagi. Itupun andai Tuhan masih memberi aku ruang untuk wujud di salah satu sudutĀ  ruangĀ  yang namanya dunia ini. Tuhan! Alihkan awan-awan mendung agar aku dapat menikmati keindahan bintang malam yang indah berkerlipan dilangit sana.

P/s : Sekali sekala melayan perasaan sambil mendengar lagu Munajat Cinta (klik di sini untuk download).

footer

Keputusan

Posted: Julai 17, 2009 in Dia, Doa

Setelah berfikir beberapa hari, akhirnya dia memilih untuk menolak tawaran itu. Aku diam sahaja mendengar dia kata begitu. Mengiakan tidak, menghalang tidak. Wahai Tuhan! Kau permudahkanlah jalan hidupnya. Moga suatu hari nanti aku dapat membantu dia. Dia masih terlalu muda untuk menghadapi segala kesukaran ini. Dalam hati aku bisikkan, mungkin kali ini bukan rezekinya. Pasti ada sesuatu yang lebih baik yang telah direncanakan oleh-Nya untuk dia. Mudah-mudahan.

footer

Kalaulah

Posted: Julai 14, 2009 in Dia, Doa, Harapan, Perasaan, Peribadi

Kalaulah aku dapat membantu dia saat-saat memerlukan begini. Tapi mahu buat bagaimana, dalam soal kewangan begini aku sendiri hanya cukup-cukup untuk belanja sendiri. Aku memang mahu dia mengikuti kursus selama dua belas bulan itu. Bila mendengar bahawa ada kebarangkalian dia terpaksa melupakan hasratnya itu disebabkan kekurangan sumber kewangan, aku hanya mampu diam membisu. Kelu. Sukar benar jalan-jalan kehidupan yang perlu dia lalu. Yang aku dapat katakan sekiranya dia terpaksa melupakan hasrat murninya untuk kali ini, bertahanlah sedikit masa. Dalam kurang dua tahun andai tiada aral melintang aku akan punya kerjaya. Masa itu aku akan membantunya selagi terdaya. Semuanya untuk masa depan dia.

Kalaulah aku dapat membantu dia saat-saat memerlukan begini.

footer

Putera Salju

Posted: Julai 13, 2009 in Gurauan, Mereng, UPM

Kelmarin bila aku mahu masuk bilik, tiba-tiba aku nampak ada sebiji buah manggis di depan pintu. Ikutkan hati mahu saja makan tapi aku syak mungkin ada orang cuba buat sesuatu. Ala, macam dalam cerita Cinderella a.k.a Puteri Salju tu. Tapi yang ini versi lelaki, Putera Salju, hahaha… Bila aku tanya kawan aku, soalan pertama yang dia tanya :

“Siapa yang nak cium ko bagi ko sedar semula bila ko pengsan nanti?”

Boink?!

DSC00081

p/s : Sebenarnya bila aku tanya punya tanya siapa punya angkara, rupanya kawan aku yang main manggis tu buat bola sebab dah tak elok. Ceh! Elok dia landing kat depan pintu aku sebelah tingkat kasut.

footer

Kunci Hati

Posted: Julai 9, 2009 in Aku, Harapan, Perasaan

key of heart

Aku mohon agar satu pengharapan yang aku bina bakal berakhir dengan kebahagiaan. Semoga hati yang terkunci akan terbuka dan pintunya akan terbuka luas agar dapat aku memasuki daerah itu. Dengan hati penuh ikhlas aku titipkan harapan ini. Moga-moga.

footer

Suara Hati

Posted: Julai 5, 2009 in Dia, Doa, Perasaan

Entah berapa kali ku cuba,

Membohong hatiku ini….

Hebat dilanda rindu padanya….

lala la la la la lala….

Aku pun tak tahu berapa lama harus aku membohongi hati dan perasaan ini. Bait-bait lagu di atas sering terngiang-ngiang di corong telinga. Andai cinta kamu hadir hanya dalam mimpi aku, biarkan aku terus lena diulit mimpi indah ini. Kalau boleh, biar kekal selagi usia bersisa. Untuk dia aku akan cuba buat apa sahaja yang termampu. Ya, kadang-kadang mungkin terpaksa mengguris sedikit rasa hatinya. Bukan marah tetapi cuba membetulkan keadaan.

footer