Arkib untuk Ogos, 2009

Celoteh Enam Ramadhan

Posted: Ogos 27, 2009 in Aku, Ramadhan, Terima kasih

Hari ini hari Khamis. Sedar tak sedar enam hari Ramadhan telah berlalu bagi tahun 1430 hijrah ini. Tak terasa masa berlalu begitu pantas. Kuliah juga telah dipenghujung minggu keenam. Beberapa tugasan telah dan hampir selesai dan banyak lagi yang belum diselesaikan. Moga-moga semuanya akan berjalan seperti yang dirancang. Namun sebagai manusia biasa, aku hanya mampu merancang tetapi ketentuan untuk terlaksana terserah kepada-Nya.

Biasa kita dengar Ramadhan itu membawa seribu satu macam rahmat sepadan dengan kemuliannya yang melebihi segala bulan. Segala amalan pahalanya dilipatgandakan sehingga tujuh puluh kali ganda. Juga tiga fasa yang perlu dilalui. Sepuluh yang pertama untuk kerahmatan. Tariklah seberapa rahmat dari-Nya kerana rahmat itu lawannya laknat. Kemudian barulah masuk ke sepuluh yang kedua. Dengan rahmat yang diturunkan, maka Dia akan mengampunkan setiap hamba-Nya yang memohon keampunan. Selepas mendapat keampunan, maka kemuncaknya adalah fasa ketiga iaitu pelepasan daripada azab neraka. Di sepuluh yang terakhir itu juga dijanjikan satu malam yang barangsiapa beramal padanya akan diberi ganjaran seolah-olah beramal seribu bulan. Itulah dia Lailatulqadar. Seribu bulan laksana kita beramal seumur hidup. Inilah penghormatan buat umat junjungan terakhir yang pendek umurnya berbanding umat-umat terdahulu.

Bukan berkhutbah atau berceramah. Sekadar untuk ingatan bersama dan untuk betuli diri juga. Kita manusia penuh dengan salah dan dosa tetapi janganlah sehingga tidak dapat membezakan cahaya dan kegelapan. Salam Ramadan, selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat berterawih dan selamat bersahur buat kalian.

p/s : Dugaan di bulan mulia. Semalam motor aku meragam selepas terbiar lama di dalam hujan lebat. Langsung tidak boleh dihidupkan sehingga terpaksa ditunda dengan bantuan rakan. Mungkin merajuk sebab tuannya biarkan dia berhujan. Alahai. Terima kasih buat sahabatku Mahran Daem kerana sanggup membantu, sanggup bersusah payah dalam hujan. Minta maaf kerana menyusahkan. Tuhan saja yang mampu membalasnya. Aku doakan kau sentiasa dilindungi Tuhan selama hidup di dua alam, dunia dan akhirat.

footer

Demam Isnin

Posted: Ogos 25, 2009 in Aku, Ramadhan, Syukur, UPM

Ini cerita semalam. Pernah tak kalian menghadapi penyakit demam Isnin a.k.a monday fever kata bangsa bekas penjajah kita? Ya, smalam aku mengalami tahap kemalasan yang amat. Mahu buat apa pun terasa begitu berat hatta mahu ke kuliah.Ponteng satu kuliah dan akhirnya rasa sedikit bersalah, hahaha… Kemudian menguatkan diri untuk ke kuliah kedua walaupun terasa kaki bagai diikat dan akhirnya menghadiri kelas malam dengan ceria kerana tidak banyak masalah semasa pembentangan tugasan matapelajaran Pengujian dan Penilaian. Moga-moga hari ini tiada ‘Demam Selasa’, hahaha…

Separuh daripada semester telah berlalu, moga-moga aku akan terus diberi kekuatan untuk meneruskan masa-masa akhir pengajian di Universiti Permai Makmur ini. Telah banyak mehnah dan cabaran yang aku lalui sepanjang hampir empat tahun pengajian. Dan ini adalah Ramadhan terakhir bersama teman-teman sepengajian. Semoga dengan hadirnya Ramadhan yang penuh rahmat akan menjadi platform untuk aku terus bersemangat dalam usaha menggapai impian walau apa jua halangan yang mendatang kerana aku yakin andai tiada seorang pun lagi yang mahu membantu, aku masih ada Tuhan. Doakan aku ya bagi sesiapa yang sudi membaca entri ini.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA dan berbahagialah dengan kegembiraan yang dijanjikan oleh-Nya bagi orang-orang yang berpuasa iaitu kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa bertemu Tuhannya.

footer

Salam Ramadhan

Posted: Ogos 20, 2009 in Aku, Cuti, Kampung, Ramadhan

Malam ini aku akan pulang ke kampung halaman. Niatnya untuk menyambut Ramadhan bersama keluarga tersayang jika diizinkan Tuhan. InsyaAllah akan pulang ke kolej kediaman pagi Ahad nanti. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu pengertian buat kita semua. Pada kesempatan ini aku ingin ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua kenalan beragama Islam di alam nyata mahupun di alam maya. Jangan ponteng puasa ya, hahaha… Bagi kenalan yang bukan beragama Islam, apa salahnya kalau kalian mahu puasa bersama. Kan puasa itu baik untuk kesihatan. Bagi rehat sistem penghadaman.

footer

L.O.V.E

Posted: Ogos 15, 2009 in Aku, Falsafah, Pandangan

L – Loyalty

O – Obligation

V – Value

E – Empathy

– 15th August 2009, got an idea during finishing school (UPM) –

footer

setem

Siang tadi buat kedua kalinya aku berkesempatan menonton filem SETEM di TGV The Mines. Sebenarnya aku tidak merancang untuk menonton wayang tetapi kebetulan semasa aku mahu keluar ada dua orang rakan mahu pergi, jadi aku ikut sekali. Dua kali menonton filem ini masih membolehkan aku tergelak sehingga boleh kedengaran satu panggung. Serius! Filem ini memang best bagi aku.

Sememangnya aku telah menjangka bahawa filem ketiga buat tangan pengarah Kabir Bhatia yang cukup terkenal dengan sinematografinya yang cukup cantik dan bermakna ini tidak menghampakan aku. Paling aku suka scene semasa di jeti dan semasa di sawah. Juga semasa di pasar dan ketika Is yang buta memandu kereta. Lakonan Afdlin Syauki, Rashidi Ishak, Sathiya, Que Haidar, Isma Yusof, Dato’ Azizi Satar, Aziz M. Osman dan ramai lagi pelakon baru dan lama berjaya menghidupkan jalan ceritanya.

Aku tak mahu mengulas panjang kerana mungkin telah banyak yang membuat ulasan mengenai filem ini. Pesan aku, ada baiknya kalian mengambil kesempatan jika mempunyai masa senggang untuk meluangkan masa menonton filem ini di pawagam berhampiran. Kalian tonton dan nilailah sendiri. Tak rugi mengeluarkan sedikit wang untuk menonton filem yang bagus seperti ini. Bak kata Amy Search, “Phewitttt!!! Berbaloi-baloi”.

Rating TB :bintang

p/s : Kesian dengan Aryanto yang tidak tahu apa-apa. Sampai-sampai saja di Malaysia (walaupun sebagai PATI) telah mengalami pelbagai peristiwa dan terlibat dalam pelbagai masalah. Muka tak boleh blah, hahaha…

footer

Facebook

Posted: Ogos 8, 2009 in Aku, Kawan, Perkongsian

facebook_logo_new

Selepas hampir sebulan mencuba gara-gara kebengongan sambungan-internet-tanpa-wayar di universiti permai makmur ini, akhirnya aku berjaya membuat akaun fesbuk. Kepada kawan-kawan, kenalan serta yang nak berkenalan (ade ke???hahaha..) sila add aku ya. Sekurang-kurangnya dapat mengeratkan silaturrahim sesama umat. Masukkan saja alamat mel elektronik aku diruangan ‘jejak rakan’ dan pasti akan keluar profil aku, hehehe… Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan, yang rapat kita eratkan dan yang erat kita kekalkan. Alamatnya hazri_syazwan@yahoo.com.my. Jangan lupa ya!

footer

Image0449

Mengapa ya dalam kehidupan seharian kita, maksud aku disekeliling kita ada manusia-manusia yang busuk hati dan suka mendengki? Bila ada rasa tidak puas hati, jalan jahat yang dipilih sebagai perhitungan. Kononnya sebagai balasan di atas keterlanjuran kita samada dalam mengatur bicara atau berbuat laku cara. Mengapa mereka tidak berfikiran rasional sebaliknya bertindak seperti orang sakit mental? Tergamak melakukan kerosakan harta benda, sabotaj sini sabotaj sana. Tidakkah mereka fikir bahawa ada yang memerhati di atas sana? Yang menjadi mangsa terpinga-pinga kerana tidak tahu apa-apa. Sesak dan sebak di dada. Sedih dan marah bergaul rasa. Apalah salahnya kalau ada rasa tidak puas hati itu, ianya dibawa berbincang. Selesaikan dengan cara elok. Gunakanlah akal yang Tuhan kurnia. Jangan jadi bodoh mengalahkan lembu yang dicucuk hidungnya dan kamu perlu sedar bahawa kamu lebih bodoh kerana membiarkan nafsu menunggang akalmu.

p/s : Moga dia tabah menghadapi kerenah dan kebodohan manusia-manusia yang berhati busuk. Aku sentiasa mendoakan dia sentiasa cekal dan tidak putus asa dalam melaksanakan amanah yang diandal di atas bahunya. Tuhan! Bantulah dia.

footer