Kutip Pelan-pelan dan Simpan Elok-elok

Posted: Ogos 5, 2009 in Aku, Harapan, Perasaan, UPM

smiley

Bangun pagi-pagi, aku sedut udara perlahan-lahan. Itu tanda masih diberi peluang untuk hidup lagi hari ini. Sisa-sisa semangat yang bersepah-sepah aku kutip pelan-pelan dan aku simpan elok-elok dalam kocek. Oh! Pagi ini mujur tidak lewat sangat menghadapkan diri yang tidak tahu malu ini, suka meminta itu ini daripada Tuhan. Cuaca di luar agak mendung tapi ramalan cuaca jiwa aku hari ini mungkin agak cerah. Semangat yang bersepah-sepah masih banyak yang perlu dikutip. Mungkin. =)

Demam rasanya sudah kebah tapi batuk dan selesema masih menyisa. Haih. Mengeluh lagi. Maaf Tuhan. Kadang-kadang dalam hidup seharian aku tidak dapat lari dari mengeluh dan mengeluh lagi. Itu tanpa sedar sebenarnya. Tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang telah diberikan. Terima seadanya. Semoga hari ini lebih ceria untuk aku lalui setelah melalui beberapa hari yang agak-agak melankolik.

p/s : Hari Rabu, kuliah hanya satu jam hari ini. Itupun jam 12 tengahari nanti, hehehe…

footer

Komen-komen
  1. qdetactive berkata:

    harini kelas paling padat. huhu..

    q : mujur dh selesai sem lepas yg menyeksakan, huhu…

  2. mirhans berkata:

    Subuh gajah lah tu..hehe..harap cepat sembuh,jangan bermalankolik lagi. Wake Up!!!..

    mirhans : ish, mane ade suboh gajah…awal tau bangun pagi, hahaha…

  3. lyanaixora berkata:

    mendumg awan semendung mood ko..
    mcm xsihat je tongkang bocor?

    lyana : eh. aku sihat je, hehe…

  4. IE-ZUL berkata:

    pointer aku makin menurun..pjb.. sedih sgt…ak risau,org len happy je..aku x pon.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s