Arkib untuk September, 2009

Kepuasan

Posted: September 28, 2009 in Adik, Dia, Doa

asus-eee-windows-xp

Tergambar kepuasan pada wajah dia bila impiannya untuk memiliki sebuah notebook tercapai akhirnya. Bukan dengan bantuan sesiapa tetapi dengan hasil titik peluh sendiri. Itulah dia yang aku kenal. Apa yang dimahukan pasti akan cuba digapai sedaya mungkin. Aku tumpang gembira. Walaupun umurnya belum mencecah dua puluh tahun, setakat hari ini dia telah berusaha sendiri untuk memiliki apa yang diimpi. Daripada telefon bimbit, komputer riba sehinggalah kepada motosikal, semuanya dibeli dengan hasil usaha sendiri. Sukar mencari remaja seperti dia. Yang lain-lain mungkin masih merengek kepada ayah dan ibu untuk membelikan apa yang mereka mahu tapi dia tidak. Segalanya diusahakan sendiri. Aku sendiri mengaku bahawa aku tidak sekuat dia. Banyak yang aku pelajari daripada dia. Moga dia terus maju dan tidak leka dengan masa remaja. Oh Tuhan! Bantulah dia.

footer

Advertisements

Salam Lebaran Minal Aidil wal Faizin

Posted: September 17, 2009 in Cuti, Raya

raya2009

Salam Lebaran Minal Aidil wal Faizin buat semua teman-teman dan kenalan. Mohon ampun segala salah dan silap, terkasar dalam berbahasa, tersentuh tanpa sengaja, termakan atau terambil apa-apa, serta apa jua silap samada terlanjur atau nyata.Hanya kemaafan dari kalian yang mampu aku pinta atas kesalahan seluas hamparan bumi hinggalah sebesar zarah seni, dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Moga kalian gembira bersama keluarga tercinta hendaknya.

footer

ShineySmileysOriginalFullMaha Suci Tuhan yang menciptakan manusia dengan berbagai rasa. Marah, gembira, sedih, kecewa, bahagia. Semuanya tersulam menjadi satu episod selagi jasad masih bernyawa. Segala rasa ini yang memanusiakan kita. Dengan akal dan jiwa, segalanya perlu bersatu. Terpulang pada setiap jiwa untuk memilih rasa yang macam mana yang perlu diutama. Tuhan! Beri aku peluang untuk merasa setiap rasa yang Kau cipta. Dan bantulah aku mengharunginya andai rasa itu tidak membuat aku gembira.

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari. Demi bulan apabila ia mengiringi. Demi siang hari bila menampakkan dirinya. Demi malam apabila ia menutupi. Demi langit beserta seluruh binaannya. Demi bumi serta yang ada dihamparannya. Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya. Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan. Beruntung bagi yang mensucikannya. Merugi bagi yang mengotorinya.

Dan kini rasa cemburu mulai mendominasi. Moga ia untuk seketika sahaja. Maha Suci Allah!

footer