Arkib untuk Oktober, 2009

Dilema Melayu

Posted: Oktober 30, 2009 in Kata hikmah, Malaysia, Nasihat, Perkongsian, Politik

Renungkan kata-kata ini. Bukan mahu bersikap rasis tetapi ini hakikat yang perlu ditelan walau terlalu pahit. Jangan biar kita layu di bumi sendiri.

“…kini, seperti juga di masa-masa dahulu, orang Melayu mempunyai keinginan untuk memperkukuhkan hak-hak yang diperuntukkan kepada mereka dan yang dianggap memang milik mereka, tetapi di samping itu mereka juga mahu bersopan-santun, beradab dan bertimbang rasa terhadap hak-hak dan tuntutan orang lain.

Dalam sanubari mereka terasa bahawa walau apapun yang mereka buat dan persetujui, semuanya akan beransur-ansur terlepas dari kekuasaan mereka, dan lama-kelamaan mereka tetap kehilangan tanah air mereka sendiri.. inilah DILEMA MELAYU…”

Tun Dr. Mahathir Mohamad

footer

Agensi Cari Jodoh

Posted: Oktober 29, 2009 in Gurauan, Kelakar, Malaysia

Sedang aku merayau-rayau dalam muka-buku, tiba-tiba terjumpa pula iklan ini. Hai. Macam-macam dalam dunia ni. Sesiapa yang berminat boleh la mencuba nasib. Cerah masa depan, hahaha…

cari_jodoh

Agak-agak berapa komisen agensi ni dapat ye? Hahaha…

p/s : Inilah ragam dalam dunia. Kalau dulu biasa kita dengar Agensi Mencari Pekerjaan atau Agensi Mencari Pembantu Rumah Asing, sekarang mahu cari jodoh pun dah boleh melalui agensi. Hai, pening kepala dibuatnya. Selepas ni agensi mencari apa pula ya?

footer

Zon Peperiksaan

Posted: Oktober 27, 2009 in Akhir, Aku, Doa, Peperiksaan, UPM

exam_sheet

Hari ini untuk kesekian kalinya aku akan mula menduduki peperiksaan akhir semester 2009/2010-1. Tujuh semester telah berlalu begitu pantas. Tak terasa ia berlalu. Tapi aku mesti bersedia untuk menghadapi masa depan. Inilah masanya untuk aku mencari peluang-peluang terakhir mencari ilmu dalam salah satu episod perjalanan hidup aku. Kertas pertama jam 2030 ini dan akan berakhir pada 11 November nanti. Doakan aku ya.

footer

Minoriti Di Negara Sendiri

Posted: Oktober 22, 2009 in Aku, Bengang, Perasaan, UPM

metro

Bukan bas sebenar. Kredit foto : Flickr

17 November 2009. 6.45 petang. Di dalam bas nombor 17 yang sedang menanti penumpang di hadapan Plaza Kota Raya. Aku baru sampai dari kampung sebenarnya. Bila masuk saja dalam bas aku rasa pelik semacam. Aku kira dalam hati. Satu… dua… tiga… emmmp… Aku kira semula… Satu… dua… tiga… emmmp… Aik, aku di Malaysia atau di mana? Dalam hampir empat puluh orang penumpang cuma ada tiga rakyat tempatan? Sudahlah begitu, terpaksa berdiri pula gara-gara seorang warga asing (Bangladesh aku kira bila melihat raut wajah) tidak mahu alihkan barang di kerusi kosong didepannya kerana mahu bagi rakannya yang belum menaiki bas duduk. Geramnya aku, tapi nak buat macam mana. Aku jadi minoriti di negara sendiri, hahaha… Salah sendiri, dah tahu boleh turun di Hentian Serdang sebelum sampai ke Kuala Lumpur tapi masih mahu melajak. Konon mahu imbas kenangan sewaktu baru-baru masuk ke universiti, ketika baru belajar berdikari. Padan muka aku!

footer

Mohon Sedikit Doa

Posted: Oktober 12, 2009 in Adik, Doa

amir

Aku mohon kalian yang membaca entri ini titipkan sedikit doa buat adik aku yang sedang berada di wad kanak-kanak Hospital Segamat kerana mengalami kemalangan semasa di sekolah agama. Ayah aku kata dia terjatuh. Tulang tangan kirinya patah. Baru pagi ini aku pulang ke kampus, lihat dia sihat wal afiat sebelum ke sekolah pagi, tahu-tahu dapat mesej dia terjatuh lebih kurang jam 2.30 tadi. Nampaknya Rabu ini perlu kembali semula ke rumah untuk melihat keadaannya. Doakan adik aku ya. Moga dia cepat sembuh. Amin.

footer

gempa

Baiknya orang kita. Tetap yang antara yang pertama walau dihina dan dicerca. Bukan salah kita, tapi  demi mengelak sengketa berkali-kali kita minta maaf daripada mereka. Baru beberapa waktu mereka gelar kita mencuri hak mereka.

injak

Mereka pijak bendera kita

Baiknya orang kita. Mereka mahu ganyang kita. Tapi kita diamkan saja. Orang mereka di sini terus aman bekerja. Sinetron mereka terus menghiburkan kita. Lagu mereka masih menjadi siulan kita. Sedangkan mereka di sana terus mengata.Paling menyedihkan, sanggup membakar bendera kita. Tapi pelik juga. Ada pula daripada mereka yang sanggup bergadai nyawa meredah lautan bergelora semata-mata mahu mencari rezeki di tempat kita. Tanpa permit sah pula. Tapi kita biarkan. Tangkap dan hantar kembali ke tempat mereka. Itu saja tindakan kita. Bukannya  hukuman berat atau penjarakan mereka. Sebab kesian pada mereka.

bakar2

Mereka bakar bendera kita

Baiknya orang kita. Tidak pula berdemonstrasi sini sana sebagai tindakbalas perbuatan mereka. Kita biarkan saja. Lalu apabila mereka ditimpa bencana, tahu pula mereka meminta bantuan mereka. Tak malukah mereka? Tak mengapa. Kita hulurkan saja bantuan yang mereka pinta atas dasar saudara seagama. Atas dasar semangat nusantara. Atas dasar simpati kepada jiran tetangga.

MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK

PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, mengucapkan selamat jalan kepada petugas perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia di Lapangan Terbang Tentera Udara (TUDM), Subang, petang ini. Turut mengiringi Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin (kiri). – Foto Bernama

Bantulah mereka, hulurkan sedikit derma. Doakan mereka agar terus tabah menghadapi ujian dari Yang Maha Esa.

footer