Minoriti Di Negara Sendiri

Posted: Oktober 22, 2009 in Aku, Bengang, Perasaan, UPM

metro

Bukan bas sebenar. Kredit foto : Flickr

17 November 2009. 6.45 petang. Di dalam bas nombor 17 yang sedang menanti penumpang di hadapan Plaza Kota Raya. Aku baru sampai dari kampung sebenarnya. Bila masuk saja dalam bas aku rasa pelik semacam. Aku kira dalam hati. Satu… dua… tiga… emmmp… Aku kira semula… Satu… dua… tiga… emmmp… Aik, aku di Malaysia atau di mana? Dalam hampir empat puluh orang penumpang cuma ada tiga rakyat tempatan? Sudahlah begitu, terpaksa berdiri pula gara-gara seorang warga asing (Bangladesh aku kira bila melihat raut wajah) tidak mahu alihkan barang di kerusi kosong didepannya kerana mahu bagi rakannya yang belum menaiki bas duduk. Geramnya aku, tapi nak buat macam mana. Aku jadi minoriti di negara sendiri, hahaha… Salah sendiri, dah tahu boleh turun di Hentian Serdang sebelum sampai ke Kuala Lumpur tapi masih mahu melajak. Konon mahu imbas kenangan sewaktu baru-baru masuk ke universiti, ketika baru belajar berdikari. Padan muka aku!

footer

Komen-komen
  1. Edbuno berkata:

    Salam…
    Fenomena camnie biasa aku lalui…
    public transport memang bentuk pengankutan aku skrang…

    pada pandangan aku, orang2 yang merantau ni sepatutnya bersyukur sebab dapat merasai nikmat kemodenan kat Malaysia ni.

    Cuba bayangkan kalau di India, keretapinya penuh sampai keatas bumbung. begitu jugak bas2 mereka.

    itu satu contoh.

    Tapi, mereka ni kebanyakkan jenis yang tak reti bahasa. bila nak naik pengangkutan awam, mereka lah yang paling suka berebut.

    itu contoh lagi.

    bagaimana kita mengatasi situasi ini?

    beli lah kereta buatan malaysia dan sesakkan lagi jalan2 di malaysia😀

    edbuno : takut satu hari nt kita lak yg kena dok atas bumbung sbb bas, ketapi, komuter,lrt, monorel sume penuh…haha

  2. fazilyahaya berkata:

    aku antara peminat setia bus tu hehe

    fazil : ape yg ko minat? pd bus dia kah? atau pada konduktor dia kah? atau ‘alien’2 yg ade dlm bus itukah? kahkahkah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s